Semuanya bahana imej super-imposed, jika calon PAS PRK Sungai Limau terpaksa menjadi bahan ketawa dek kerana tindakan bodoh jentera kempen mereka yang cuba menzahirkan bahawa calon yang dibawakan mereka amat disenangi Allahyarham Ustaz Azizan dengan menempelkan gambarnya dengan gambar mantan ADUN kawasan itu terdedah, Datuk Bandar di negara China ini juga senasib dengannya.
Bagi admin, sekalipun mahu menipu melalui gambar yang menggunapakai teknik super-imposed, ternyata hasil kerja yang dikeluarkan berada ditahap yang terlalu teruk sehinggakan mudah untuk dikesan mata kasar.
Jika mahu dibandingkan, admin mahu lebih memuji hasil kerja unit kempen PAS untuk PRK Sungai Limau yang lebih halus hasil kerjanya sehinggakan sukar untuk dipastikan melalui pandangan mata kasar.
Di negara China, rakyat membuak- buak menzahirkan kemarahan disebabkan tersebarnya gambar tersebut.
Err... di Sungai Limau tak ada yang nak marah ke? Kan gambar tu seolah- olah mempermainkan orang yang dah meninggal dunia?