Quantcast
Channel: Penggempur Mutiara
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1400

#PRKSgLimau : Mahfuz Gambarkan Pengundi PAS Tidak Setia!!!?

$
0
0
Sesekali tergelak kecil admin apabila terbaca komen Pesuruhjaya PAS Kedah, Mahfuz Omar tentang kegagalan mereka mengekalkan jumlah majoriti kemenangan yang diperolehi Allahyarham Ustaz Azizan.

Keseluruhan kegagalan mempertahankan jumlah majoriti besar peninggalan Allahyarham Ustaz Azizan yang disandang dibahu Mahfuz Omar cuba dipalingkan secara total kepada hari pemilihan yang juga juga jatuh pada hari bekerja.


Kenapa pula hari bekerja harus disalahkan sekiranya dari awal lagi pembawakan PAS dalam berkempen sudah mempamerkan penipuan yang jelas apabila gambar super-imposed calon mereka bersama mantan Adun kawasan itu disebarkan?

Dengan terdedahnya penipuan itu, admin yakin bahawa keyakinan pengundi atas pagar terhadap parti itu juga goyah.

Sedang Mahfuz sibuk bersilat mahu membersihkan PAS dari onar itu, timbul pula satu isu lain.

Malahan, sepanjang admin berada di Sungai Limau, rata- rata ahli PAS amat berang apabila PAS sanggup terus bersama Pakatan Rakyat dan mengikut telunjuk DAP!!!

Lebih menambah derita penyokong PAS, mereka amat terkilan apabila parti yang menggunapakai perkataan islam itu dilihat secara bersahaja membiarkan usaha kristian menggunakan kalimah Allah tanpa ada sedikitpun tentangan.

Dengan huraian yang admin berikan di atas, admin melihat kenyataan yang dikeluarkan Mahfuz Omar itu hanyalah sebahagian dari usahanya untuk menghiburkan hati yang duka.

Hari bekerja mahu dijadikan alasan? Mungkin Mahfuz perlu mencari alasan yang lebih jitu untuk menghiburkan hati yang duka.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1400