Quantcast
Channel: Penggempur Mutiara
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1400

Takutkan Lim Guan Eng? ; Salleh Man "Lupa" Menipu Adalah Berdosa!!!?

$
0
0

Kemasukan penyanyi Aishah ke dalam PAS rupanya turut sama membawa sebahagian bait- bait lagu hits nyanyiannya bertajuk "Melukut Di Tepi Gantang" untuk dijadikan sebagai lagu tema parti itu.

Nasib yang dialami PAS semenjak bekerjasama dengan DAP dapat diibaratkan seperti melukut di tepi gantang.

Terkini, demi menjaga maruah DAP, admin mahu mengucapkan tahniah kepada Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang kerana merendahkan martabat dan suara ahli parti sendiri yang mahu memastikan islam terus terbela.

Sebaik sahaja DAP dikritik, Salleh Man tampil mengeluarkan kenyataan berikut laksana hero;

http://www.roketkini.com/2013/11/20/pas-nafi-laporan-nst-dap-tidak-pernah-campur-tangan-urusan-islam-di-pulau-pinang/

Namun begitu, hari ini Pesuruhjaya PAS itu dimalukan pada Muktamar parti itu apabila Setiausaha PAS Pulau Pinang tampil memberi ucapan dan menggambarkan segala penafian yang dibuat Salleh Man adalah sesuatu yang tidak wajar dilakukan.

http://www.malaysiakini.com/news/247409

Dengan pengakuan yang dilakukan Setiausaha PAS Pulau Pinang itu, adakah ia membawa maksud bahawa Salleh Man berbohong?

MasyaAllah, jika benarlah Salleh Man berbohong hanya kerana takutkan Lim Guan Eng, dimanakah letaknya akidah islamiah yang dibanggakan pengikut PAS? Bukankah berbohong itu adalah dosa?



Viewing all articles
Browse latest Browse all 1400