Quantcast
Channel: Penggempur Mutiara
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1400

(MESTI BACA) Kecelaruan Fahaman Ahli PAS Ditahap Serius!!!

$
0
0

Ketika menjamu selera tengahari tadi, PM ditanyakan dengan soalan cepu emas oleh seorang sahabat yang lebih condong kepada PAS  dan amat mengagungkan Nik Aziz.


"Awat hang lebih percaya kepada UMNO kalau nak dibandingkan dengan PAS yang memang dari dulu berjuang untuk tegakkan Islam?"


Tak perlu rasanya PM terangkan butir perbualan diantara kami berdua, namun bagi segelintir penganut sejati PAS, rasanya mereka masih lagi terbawa- bawa dengan omong kosong yang konsisten dibawakan PAS sepertimana sahabat PM di atas.

Mereka masih mempercayai bahawa PAS adalah satu- satunya parti yang akan mengagungkan Islam dibumi Malaysia ini.

Pencerahan mengenai salah faham ini seharusnya dilakukan.

Sekiranya mahu dinilaikan secara logik akal sememangnya PAS tidak akan sama sekali menjadikannya (Negar Islam & Hukum Hudud) kenyataan selagi bernaung dibawah satu gabungan bersama DAP dan PKR di dalam Pakatan Rakyat.

PAS seharusnya menjadi parti yang dominan bagi merealisasikan apa yang dijanjikannya. Malahan boleh diibaratkan sekadar menjadi pengangkut najis DAP dan PKR.

Untuk merealisasikan perjuangan solo mereka itu, seharusnya dalam gabungan Pakatan Rakyat, mereka harus menjadi ketua. Lihat sahaja siapa yang mengetuai Pakatan Rakyat sekarang, individu yang pernah digelarkan sebagai Al- Juburi oleh Mat Sabu!!!

Tidak puas hati dengan jawapan yang PM berikan, sahabat PM bertanya lagi;


"Pasai apa hang kata macam tu? Cuba hang bagi hujah sikit"


Sebenarnya jika mahu dilihat dan diteliti semula agak banyak perlakuan dan gerak geri PAS mencerminkan dan mengiakannya.

  • Pas akur apabila Karpal Singh menentang sebarang usaha parti itu untuk membentuk sebuah negara Islam.
  • Hukum hudud yang sering dijadikan modal untuk PAS terus mempermainkan melayu sebenarnya tidak langsung disenarai di dalam manifesto Pakatan Rakyat. Kenapa?
  • PAS bertegas mahu membenarkan penggunaan kalimah Allah kepada Kristian sepertimana desakan DAP
  • Mempertahankan Anwar Ibrahim berhubung skandal seksnya bersama China Doll, bukankah Assobiyah namanya tu?

Sekiranya mahu dibuatkan senarai penuh, rasanya artikel ini boleh jadi berkajang panjangnya.

Lain halnya dengan UMNO, untuk memastikan kedaulatan Islam dan keistimewaan melayu, UMNO adalah parti dominan di dalam perikatan Barisan Nasional.

Dalam mempertahankan keistimewaan Islam dan melayu, kebajikan bangsa lain juga tidak dapat disangkal. Penganut agama lain bebas mengamalkan kehendak agama mereka tanpa sebarang sekatan.

Jadi, pilihan terbaik yang mampu dipilih bagi memastikan melayu dan Islam terus dimartabatkan di bumi Malaysia hanyalah UMNO.

Mungkin ada yang bakal mengatakan, jangan sandarkan pengharapan pada UMNO, tapi berharaplah kepada Allah.

Apakah kita hanya perlu tawakkal tanpa melakukan apa- apa? Bukankah Allah melalui firmanNya yang berbunyi;


Allah tidak akan merubah nasib (seseorang atau) sesuatu kaum, sehingga kaum (atau orang itu) berusaha (membuat komitmen) untuk mengubah nasibnya. (Ar-'aad : 11) 

Maka jelas dari firman Allah, membuktikan betapa Allah telah memberikan manusia suatu kelebihan iaitu kebebasan bertindak dengan kudrat yang dikurniakanNya supaya manusia dapat menggunakan kudrat ini untuk memperbaiki dan memastikan kehidupan manusia itu sentiasa dalam keadaan yang baik.

Firman Allah ini juga bermaksud, bahawa kita TIDAK boleh menyerahkan segala hal-hal yang berkaitan dengan nasib hidup kita semata-mata kepada Allah untuk memberikan kita kehidupan yang baik. Jika inilah yang kita praktikkan, maka bila kita menemui kesusahan dalam hidup, sudah tentulah kita akan menyalahkan Allah. Sedangkan Allah itu Maha Adil, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Mustahil Allah berlaku kejam kepada hamba-hambaNya yang sangat disayangiNya.

Allah telah menganugerahkan kepada kita suatu 'kuasa eksekutif' sebagai bekal sementara kita hidup didunia ini, untuk menjalankan tugas kita sebagai khalifah dimukabumi dan juga mengabdikan diri padaNya. Hidup yang dianugerahkan pada kita ini adalah kehidupan yang "FREE WILL". bukan dikontrol atau dikawal mutlak oleh Allah. Jika kita menganggap segalanya sudah ditentukan atau sudah ditakdirkan, mengapa pula Allah berfirman seperti diatas?

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1400