Memang kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Ikuti selanjutnya di blog Mazidul Akmal seperti yang admin kongsikan di bawah;
Takziah saya hulurkan kepada Rosdi Rani dan Siti Aishah Ariffin, ibu bapa keluarga 3 beradik maut berasal dari Kampung Gelam, Kedah, Noor Syafikah Nadia Abdullah, 14, Nur Izzati Husna, 12 dan Puteri Nurul Akma, 3 tahun.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, ACP Mohd Nashir Ya, mayat Noor Syafikah ditemui orang awam pada jam 3.45 petang Sabtu lalu di bendang Alor Senibong, Langgar. Manakala mayat 2 adiknya ditemui pada jam 4 petang semalam, terapung di tali air Terusan Mada Kampung Padang Petani.Lokasi mayat Syafikah dan dua adiknya ditemui, berjarak kira-kira 12 kilometer.
Mereka dilaporkan hilang di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar pada jam 2 pagi Sabtu lalu, setelah keluar pada petang Jumaat menaiki motosikal untuk ke rumah rakan Syafikah di Kampung Gelam, 15 dari rumah mereka di Jalan Datuk Kumbar. Motosikal ditunggang di temui di hentian bas berhampiran Sekolah Kebangsaan Gelam, berkunci. Laporan polis dibuat oleh ayah mereka di Balai Polis Langgar.
Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim mengesahkan, Syafikah tidak dirogol biarpun mayatnya ditemui dalam keadaan separuh bogel di kawasan bendang. Hasil bedah siasat di hospital mendapati, mangsa meninggal dunia akibat lemas tanpa kecederaan kecuali kesan cakar di belakang Syafikah. Namun pihak polis mengesyakki wujud elemen meragukan dan setakat ini menganggap, mangsa bukan mati akibat lemas biasa.
Keputusan punca kematian 2 adiknya bakal diketahui selepas bedah siasat dijalankan di Hospital Sultanah Bahiyah.Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.Meneliti gambar MyKad di atas, Syafikah diliihat berbintikan Abdullah manakala 2 arwah adiknya dibintikan Rosdi.Jenazah Syafikah disemadikan di Alor.
Saya percayai kini polis berusaha gigih untuk merungkai pelbagai persoalan berhubung kes ini. Tiga beradik itu dikatakan menuju ke rumah rakan Syafikah tetapi mengapakah motosikal mereka ditemui berhampiran sekolah? Tidak di rumah rakan. Polis menyifatkan Syafikah mati akibat lemas tetapi bukan lemas biasa? Apakah fakta terselindung di sebalik kenyataan itu? Dua mayat adik Syafikah ditemui terapung di tali air, sedangkan mayatnya ditemui tertiarap di darat, mengapakah mereka terpisah? Bilakah waktu mereka dibunuh?Siapakah pula penjenayah terlalu kejam sanggup mencabut nyawa anak kecil berusia 3 tahun? Apakah faktor mendorong perbuatan tidak berperikemanusiaan itu?