Sememangnya apa yang terjadi kepada Dr Novandri Hassan Basri (KLIK SINI) menyentapkan keseluruhan semangat PM untuk terus berjuang sebagai penggiat maya yang terus mempertahankan UMNO/BN khususnya di Pulau Pinang. Apatah lagi PM hanyalah blogger separuh masa yang tidak langsung mempunyai apa- apa.
Berdasarkan maklumat yang pernah sampai ke cuping telinga PM sebelum ini, BN Negeri Pulau Pinang bersedia untuk menjadi tulang belakang kepada setiap penggiat alam maya yang memperjuangkan ideologi yang dibawakan BN selagi tidak menabur fitnah.
Sekiranya pengeluaran artikel mempertahankan Islam dari Dr Novandri tersebut diklasifikasikan sebagai fitnah dan atas alasan itu juga bantuan yang amat diperlukan gagal untuk dihulur BN negeri, rasanya kehadiran penggiat alam maya yang giat menyanggah setiap fitnah cybertroopers pembangkang sememangnya tidak langsung diperlukan BN Pulau Pinang.
Disebabkan itu jugalah PM hanya mengeluarkan satu sahaja artikel hari ini kerana terlalu terkilan dengan apa yang berlaku. Itupun sekadar artikel berkaitan artis.
KLIK SINI untuk bacaan selanjutnya.