Menitis air mata admin. Semuanya gara- gara sebuah artikel yang diterbitkan portal pro Pakatan Rakyat berikut;
Sekalipun menitiskan air mata, admin ingin nyatakan di sini bahawa ia bukanlah air mata kesedihan. Segalanya berlaku disebabkan terlebih ketawa dengan usaha bodoh pengarang artikel tersebut untuk memperlihatkan ketidak adilan yang terpaksa ditempuhi mereka akibat halangan dari Barisan Nasional.
Sejujurnya, pada pandangan admin, penulis dan juga editor portal tersebut tidak perlulah bersikap "Paku dulang, Paku serpih; Mengata orang, Dia yang melebih- lebih".
Jika tujuan asal artikel itu ditulis adalah bertujuan untuk mengongsikan kebebasan media yang terhad di Malaysia kepada dunia luar, sewajarnya pemerhatian yang lebih telus dilakukan terhadap kedua- dua pihak tanpa mengira ideologi politik.
Biar seisi alam tahu tahap kebebasan media yang diamalkan di negara ini.
Malahan jika editor Malaysiakini terlepas pandang, disini admin kongsikan beberapa poster dan gambar yang menerangkan kebebasan media sebenar dinegara ini.
Jom..