Quantcast
Channel: Penggempur Mutiara
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1400

Part 2 : Lagi Update Bergambar Berhubung Dakwaan Pemilik Pages Murtad Yang Koma!!!

$
0
0


Sekitar jam 1 petang tadi admin ada menerbitkan sebuah artikel yang dipetik dari sebuah blog lain berhubung dakwaan bahawa pemilik page murtad kini berada dalam keadaan koma (KLIK SINI).

Namun begitu, selepas admin lakukan beberapa semakan untuk mendapatkan kesahihan berhubung perkara itu, admin dapati gambar yang digunakan adalah palsu dan diambil dari insiden lain yang dilaporkan pada tahun 2011.

Berikut adalah keratan akhbar berhubung gambar individu yang terlantar di katil itu;

Bagi yang mahu membaca dengan lebih jelas berhubung perkara yang dilaporkan itu, terus sahaja klik pada keratan akhbar di atas.

Sekalipun admin berjaya mengenalpasti bahawa gambar tersebut adalah palsu, admin tidak pula dapat pastikan tahap kesihatan pemilik page murtad tersebut.

Admin menyusun sepuluh jari memohon maaf atas artikel sebelumnya yang diterbitkan tanpa semakan yang lebih mendalam.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1400