Bermula hari ini, rakyat Selangor akan merasai "rahmat" terbesar yang dibawakan Pakatan Rakyat sejak memerintah negeri itu iaitu catuan air.
Jika disingkap semula, sejarah tidak pernah berbohong.
Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor pernah mengeluarkan kenyataan seperti di bawah ketika Kerajaan Pusat menyuarakan tentang permasalahan bekalan air suatu ketika dahulu.
Demi menyangkal kajian kerajaan pusat yang menyatakan Selangor bakal menghadapi krisis bekalan air pada 2014 (tahun ini), Khalid mengeluarkan pula hasil kajian pihaknya yang mengatakan bahawa bekalan air kawasan Lembah Kelang mampu bertahan sehingga 2019.
Ironinya, kini rakyat yang terpaksa menanggung derita akibat kedegilan Khalid pada ketika itu.
Tidak cukup dengan itu, hari ini berlegar pula di media sosial poster di bawah yang memetik ayat 34, Surah An-Nisaa.
Jika ini adalah benar diterbitkan oleh mereka, apakah dengan tersebarnya poster di atas, Kerajaan Selangor mahu rakyatnya bersabar dengan derita yang ditanggung dan berpunca dari kedegilan Khalid?
Jangan terkejut sekiranya, dalam beberapa ketika nanti kerajaan Selangor akan menganjurkan pula kursus tatacara beristinjak dengan betul bagi menghalalkan derita yang ditanggung rakyat akibat dari catuan air yang dibuat.