Quantcast
Channel: Penggempur Mutiara
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1400

Video Eksklusif!!! Ritual Pelik Raja Bomoh Akhirnya Membuahkan Hasil!!! #PrayForMH370 #Pray4MH370

$
0
0

Kehilangan pesawat MH370 terus menjadi misteri.

Tatkala kerajaan berhempas pulas berusaha mencari pesawat MH370, dengan tidak semena- mena muncul seorang lelaki yang mendakwa dirinya selaku Raja Bomoh Sedunia hadir melakukan beberapa ritual pelik kononnya mahu menghulurkan tangan membantu usaha mencari selepas diminta seorang VIP.

Bermula dengan aksi teropong ajaib, individu itu bersama pengikutnya hari ini tampil pula dengan aksi tikar terbang ala- ala filem lakonan Allahyarham P. Ramlee melalui lakonannya melalui filem Laxmana Do Re Mi.




Admin sedikit tertanya- tanya, siapakah agaknya VIP yang menjemput individu bergelar Raja Bomoh Sedunia itu?

Jika yang menjemputnya adalah dikalangan menteri- menteri Barisan Nasional, admin sarankan individu tersebut segera bertaubat dan meletakkan jawatan!!!

Seharusnya setiap tindakan diperhalusi terlebih dahulu agar tidak mendatangkan permasalahan dikemudian hari.

Bukankah Mesyuarat Panel Kajian Akidah JAKIM sudah memutuskan kenyataan berikut pada tahun 2004?



Dimanakah lagi kekaburannya?

Jika sebelum ini Anwar Ibrahim dihentam semahunya apabila video tilikan PRU di bawah ini tersebar, kenapa kita perlu mengulangi kebodohan itu?


)


Apakah tilikannya begitu tepat? Adakah Anwar Ibrahim sudah bergelar Perdana Menteri sekarang? Fikir- fikirkan...

Sekalipun sudah diputuskan bahawa amalan perbomohan yang diamalkan beliau adalah bercanggah, Jamil Khir pula melakukan kesilapan secara terbuka apabila mengeluarkan kenyataan seperti berikut;




Kalaupun Datuk Seri Jamil Khir Baharom, selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab ke atas agama Islam tidak mengetahui berhubung keputusan yang diputuskan Panel Kajian Akidah JAKIM itu wujud, seharusnya beliau berbalik semula kepada hadis berhubung tindakan itu yang berbunyi;

Barang siapa yang mendatangi tukang tilik dan ditanya mengenai sesuatu maka tidak diterima solatnya selama 40 hari (Riwayat Muslim) 
Sabda Rasulullah s.a.w. 
Tukang nujum atau tukang tilik tetap berdusta walaupun apa yang mereka bawa itu benar. 
Barang siapa yang datang kepada tukang ramal atau bomoh lalu percaya kepadanya dengan apa yang dikatakannya maka ia benar-benar telah kufur kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. (Hadis riwayat Ahmad)

Maka, atas dasar dan alasan apakah Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengeluarkan kenyataan seperti di atas?

Sejujurnya, admin beranggapan segala usaha yang bersangkutan dengan Raja Bomoh Sedunia itu adalah satu usaha KARUT!!!

Antara hasil dari ritual itu adalah MEMALUKAN KERAJAAN!!!

Ayuh kita tonton sebahagian aksi menarik bomoh itu siang tadi;



Post by APT.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1400