Quantcast
Channel: Penggempur Mutiara
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1400

Sensitiviti Bangsa : Siapa Lebih Juara? @azwanbro atau Joseph Entulu Belaun? @NajibRazak @khairykj

$
0
0


Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairul Azwan Harun atau lebih dikenali sebagai Azwan Bro membuktikan bahawa parti Umno sememangnya sebuah parti keramat.

Beliau boleh memperkatakan apa sahaja termasuk berkaitan bangsa tanpa risau sedikitpun didesak untuk memohon maaf.

Sengaja admin biarkan isu berkaitan kenyataan panas berhubung penjumudan ruangan bangsa pada sesetengah borang kerajaan berlarutan sehingga ke hari ini kerana mahu melihat rentak yang mahu dimainkan individu bergelar NKPUM itu dan kehebatan barisan blogger yang kononnya bersemangat kental kemelayuan kita.

Namun penantian admin membuktikan bahawa semangat Azwan Bro dalam mempertahankan kenyataannya sememangnya harus dipuji.

Segalanya bermula apabila beliau mengeluarkan kenyataan di bawah;


Kenyataan individu bergelar NKPUM itu adalah rentetan dari apa yang admin kongsikan di bawah ini;



Sebaik sahaja twitter @bernamadotcom menyiarkan kenyataan seperti di atas, tanpa berlengah barisan tentera siber melayu menyerang Joseph Entulu Belaun dari semua sudut.

Namun, berlainan pula dengan kenyataan bias yang dikeluarkan Azwan Bro. Hanya beberapa pengamal media yang benar- benar kental semangat kemelayuan yang menyelar kenyataan itu.

Berikut adalah antara ayat- ayat pedas yang dilontarkan terhadap NKPUM itu;




Malah beberapa blog juga mendesak Azwan Bro untuk menarik semula kenyataannya.

Berhubung perkara yang sama, setelah mendapat tekanan maha hebat dari penggiat media sosial, Joseph Kurup telah mengeluarkan kenyataan maaf melalui surat berikut;


Sekalipun beliau menegaskan bahawa laporan oleh media adalah tidak tepat, beliau dengan rendah diri masih juga memohon maaf dari semua rakyat.

Manakala Azwan Bro pula masih kukuh dengan kenyataannya tanpa sedikit pun menunjukkan rasa kesal.

Tahniah admin ucapkan kepada Joseph Entulu Belaun yang ternyata lebih peka berhubung sensitiviti bangsa berbanding individu yang berjawatan nombor dua dari sayap sebuah partii berasaskan MELAYU!!!

Namun admin ingin tegaskan di sini, admin bukanlah anti dengan Azwan Bro, cuma admin kurang bersetuju dengan yang dikeluarkannya itu.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1400