Quantcast
Channel: Penggempur Mutiara
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1400

Mahfuz Omar Malukan PAS ; Sistem Pendaftaran Ahli Tidak Sistematik!!!?

$
0
0


Selain Mat Sabu dan Mustafa Ali, seorang lagi individu yang berupaya untuk menggoncangkan sebuah parti bernama PAS adalah Mahfuz Omar.

Demi menjaga maruah sebuah parti yang sememangnya tidak pernah bermaruah apabila takut kepada segala gertakan DAP, Mahfuz Omar tiba- tiba hadir laksana adiwira untuk menafikan dakwaan bahawa Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar adalah salah seorang ahli daripada PAS.

Tidak cukup dengan itu, dengan penuh yakin dan kononnya berdasarkan semakan yang dijalankan, Mahfuz Omar mendakwa bahawa individu berkenaan dikenalpasti sebagai ahli UMNO.

Sekalipun kenyataan yang dikeluarkan adalah meragukan, admin amat yakin akan ramai pengikut tegar parti itu terpukau dengan kenyataan yang dikeluarkan itu dan mengiakan sahaja tanpa sekelumit pun persoalan yang hadir di dada.





Mereka terus rela diri mereka diperbodohkan oleh manusia- manusia yang bertopengkan sebuah parti yang kononnya bertunjangkan islam walaupun pada hakikatnya kesungguhan mereka untuk mempertahankan islam masih boleh dipertikaikan.

Hari ini satu lagi tembelang pecah apabila calon bebas bagi PRK Bukit Gelugur yang didakwa adalah ahli umno itu mendedahkan bukti bahawa sememangnya beliau adalah ahli PAS secara sah berdasarkan sijil keahlian yang ditunjukkan.

Ikuti laporan dari akhbar Sinar Harian di bawah;


GEORGETOWN - [DIKEMASKINI] Bekas Setiausaha Pas Cawangan Kampung Banjar, Batu Caves, Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar, 63, terkilan dengan sikap sesetengah pimpinan Pas yang berdolak-dalik mengenai isu keahliannya. 
Beliau tidak berkecil hati jika Pas tidak membenarkannya bertanding atas tiket parti itu tetapi tidak wajar menuduhnya sebagai ahli Umno. 
“Jika tak mahu saya bertanding atas tiket Pas, beritahu saya secara terus terang. Saya tidak akan berkecil hati. Tapi janganlah menuduh saya bukan ahli Pas sebaliknya tuduh pula saya ahli Umno. 
“Saya ada bukti, malah semasa saya ke Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri tempoh hari, saya ada bawa bersama sijil keahlian Pas. Jadi, bagaimana boleh timbul saya ahli Umno,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. 
Menurutnya, mungkin ada pihak beranggapannya sebagai ahli Umno kerana ada ahli parti itu yang mengikutkan pada hari berkenaan. 
“Mungkin yang ikut saya hari itu orang Umno, tapi saya tak kenal, itu bukan masalah saya. Saya bersumpah, sehingga hari ini, saya masih ahli Pas yang sah,” tegasnya. 
Beliau turut bersedih apabila pemimpin tertinggi Pas sendiri menuduhnya bukan ahlinya sedangkan menyertai parti itu sejak 1998. 
“Mungkin ahli Pas di negeri ini tidak kenal saya tetapi saya yakin, pemimpin tertinggi kenal saya. Saya masih tidak berubah wajah. Jika masih ada yang ragu-ragu lagi, mereka boleh rujuk kepada Adun Gombak Setia, Hasbullah Mohd Ridzwan. 
“Saya sangat terkilan dan dukacita dengan pemimpin tertinggi Pas yang sanggup memfitnah ahli sendiri semata-mata mahu menjaga hati beberapa orang pemimpin DAP. Saya tidak kisah jika mereka tidak mahu bantu saya, tetapi jangan tuduh saya macam-macam,” katanya. 
Sebelum ini, Mohamed Nabi Bux menawarkan diri untuk bertanding dalam PRK Bukit Gelugor atas tiket Pas selepas mendaftar sebagai calon di pejabat SPR, Jumaat lalu. 
Bagaimanapun, beliau mengakui belum meminta kebenaran dari pemimpin Pas Pusat berhubung perkara itu. 
Mengenai dakwaan itu, Mohamed Nabi Bux mencabar pemimpin Pas supaya membuktikan tindakannya yang ingin bertanding di PRK Bukit Gelugor itu melanggar mana-mana peraturan perlembagaan Pas. 
“Saya cabar kepada pemimpin yang tuduh saya, tunjukkan bukti yang saya ada melanggar mana-mana peraturan parti setelah saya daftar sebagai calon untuk bertanding. 
“Terus terang saya katakan, jika bukan saya ahli Pas, mengapa ada tiga ahli Pas yang sudi bantu saya membayar deposit calon tempoh hari? Malah, ada seorang ahli Pas dari Kedah sudi bantu saya buat poster untuk berkempen. Mustahil mereka ahli Pas mahu bantu saya jika benar saya orang Umno,” katanya.


Jika benar dakwaannya, apakah Mahfuz Omar menipu? Mungkinkah PAS gagal mentarbiyah Mahfuz Omar sehinggakan mengeluarkan kenyataan sebegini yang secara melulu menuding jari ke arah UMNO? 

Jika benar kenyataan yang dibuat merupakan satu penipuan, maka kredibiliti PAS yang menggunakan nama islam dalam parti itu wajar dipertikaikan!!!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1400