Quantcast
Channel: Penggempur Mutiara
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1400

#KrisisTerengganu ; Tembelang Besar Sudah Berbau... Memalukan!!!

$
0
0

Pekung busuk disebalik krisis yang melanda Terengganu mula berbau.

Rentetan dari penyerahan surat keluar dari UMNO oleh Ahmad Said dan beberapa pengikut setianya, PAS dilihat cuba menjadikan itu sebagai alasan untuk memperolehi perbatuan politik apabila mengeluarkan kenyataan seperti yang diterbitkan oleh portal pro pembangkang di bawah;


Melalui kenyataan di atas, PAS Terengganu dikatakan mengeluarkan kenyataan bahawa belum wujud keperluan untuk mereka menarik ketiga- tiga wakil rakyat UMNO yang melompat keluar bagi menyertai mereka.

Kononnya mereka lebih berharap untuk berlakunya pilihanraya negeri berbanding menarik ketiga- tiga individu tersebut menyertai PAS.

Sungguhpun begitu, sebaik sahaja ketiga- tiga wakil rakyat yang sebelumnya bertindak keluar parti itu kembali ke pangkuan UMNO, segala pekung yang cuba disimpan rapat mula berbau.



Mantan Menteri Besar itu, sebaik sahaja kembali menyertai UMNO dikatakan mengeluarkan kenyataan bahawa beliau pernah dipujuk untuk menyertai PAS oleh beberapa individu tertentu ketika bergelar wakil rakyat bebas.

Dengan kenyataan yang dikeluarkan beliau, adakah ini berupaya membuktikan bahawa individu tertentu yang kononnya bergerak di atas komposisi tertentu di dalam PAS adalah seorang yang munafik kerana pertuturan mereka tidak selari dengan perbuatan?

Sebaik sahaja terbaca artikel keluaran Malaysiakini itu, admin teringat akan frasa yang pernah dikaitkan dengan singkatan PAS suatu ketika dahulu, juga keluar dari mulut Ahmad Said sendiri.




Jika benarlah wujud usaha memujuk Ahmad Said untuk menyertai PAS ketika beliau bergelar wakil rakyat bebas dan tidak selari dengan kenyataan awal mereka, masih wajarkah kenyataan beliau suatu ketika dahulu dipertikaikan pengikut setia parti itu?

Sementara itu, Adun PAS Batu Burok pula tampil menafikan dakwaan Ahmad Said itu.


Persoalan yang timbul sekarang, siapa sebenarnya yang berbohong dan siapakah dipihak yang benar?

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1400