Quantcast
Channel: Penggempur Mutiara
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1400

#PRKBukitGelugor ; PAS Akhirnya Memperakui Bahawa Hudud Sekadar Retorik Semata!!!? @Huan2U #Huan2BG #LovePenang

$
0
0

Hari ini segala kemelut berhubung perlaksanaan hukuman hudud di Kelantan hampir terjawab apabila Mahfuz Omar meminta calon bebas, Mohamed Nabi untuk menyatakan sokongannya terhadap calon DAP di dalam Pilihanraya Kecil P051 Bukit Gelugor bagi membukti beliau benar adalah ahli PAS.



Sekiranya diteliti semula, Mohamed Nabi Bux menawarkan diri untuk bertanding di Pilihanraya itu dengan bersandarkan motto "Hudud In Penang".

Apakah PAS merasa tercabar akibat perjuangan hudud yang dibawakan Mohamed Nabi Bux sehinggakan memberikan opsyen kepada calon itu sebagai syarat untuk membuktikan beliau benar- benar adalah ahli PAS yang tulen?

Tidak cukupkah dengan sijil pengesahan yang ditunjukkan calon itu pada hari penamaan yang lepas?



Untuk pembuktian yang lebih mudah bahawa Mohamed Nabi Bux adalah ahli PAS atau tidak, admin cadangkan supaya kepimpinan tertinggi parti itu menghantarkan wakil dari parti itu berserta wartawan bagi mengkaji kesahihan sijil yang ditunjukkan sebelumnya. Biarkan seisi alam tahu sekiranya beliau benar- benar berbohong berhubung keahliannya.

Kenapa perlu diberikan opsyen supaya calon tersebut menyokong Ramkarpal?

Apakah motif sebenar kenyataan sebegitu dikeluarkan? Apakah ianya dilakukan semata- mata mahu mematikan perjuangan hudud yang dibawakan calon itu?

Hari ini juga, melalui akhbar Sinar Harian, calon dari DAP, Ramkarpal menegaskan bahawa beliau tetap menolak perlaksanaan hukuman hudud.


Satu lagi persoalan timbul di sini, apakah pendirian yang dibawakan PAS adalah selari dengan penegasan yang dibuat oleh calon DAP itu berhubung perlaksanaan hukuman hudud sehingga meminta Mohamed Nabi Bux menyokong Ramkarpal sekiranya beliau benar- benar adalah ahli PAS?

Pekung PAS berhubung ketidak sungguhan mereka melaksanakan hudud semakin terserlah. 

Sewajarnya mereka menyokong usaha yang dilakukan Mohamed Nabi Bux itu dan buktikan bahawa mereka benar- benar jujur dalam memartabatkan hukum hudud.

Bagi yang gemar membaca, klik di sini untuk membaca huraian panjang lebar Ustaz Fathul Bari b. Mat Jahaya berhubung sebuah artikel bertajuk Perjuangan PAS sudah tidak relevan. Hukum pangkah & sokong PAS.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1400