Sejak siang tadi pelbagai spekulasi timbul dikalangan rakan- rakan admin apabila gambar di atas tersebar di dalam salah satu group whatsapp yang admin anggotai.
Ada yang beranggapan bahawa berkemungkinan ada dikalangan keluarga wanita tersebut yang pernah terlibat kemalangan dilokasi tersebut dan bermacam- macam lagi spekulasi pelik.
Namun tidak kurang juga, ada yang memuji tindakan anggota polis yang sanggup mengawal lalulintas bagi mengelakkan berlakunya kemalangan terhadap pelaku dan lain- lain kenderaan yang melalui kawasan tersebut.
Namun begitu, untuk mengetahui laporan yang lebih padat berhubung insiden itu, admin kongsikan artikel dari astro awani di bawah;
KUALA LUMPUR: Seorang wanita menggemparkan pemandu yang menggunakan jejambat berhampiran Bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka di ibu negara pagi ini, apabila dilihat menunaikan solat dan membaca al-Quran.
Gambar wanita berkenaan yang lengkap bertelekung sambil bersimpuh di atas sejadah dan membaca al-Quran mula tersebar di laman sosial sejak tengah hari ini.
-- Gambar Facebook UMB-X
Memetik laporan MStar sebagai berkata, maklumat awal mendapati Anita Shiar, 27, mendakwa dia bermimpi ditimpa perkara tidak baik lalu bertindak bersolat di merata lokasi.
Laporan disahkan diterima Ketua Polis Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad.
Wanita terbabit ditemui tanpa dokumen pengenalan diri dan kemudian di hantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut.