Celik sahaja mata admin awal pagi ini, admin melihat portal pro pembangkan sudahpun menerbitkan sebuah artikel bertajuk Lebih 10 ribu di ceramah DAP, 70 orang di majlis BN.
Sejujurnya, admin sedikit terpegun dengan angka yang dipetik portal pro pembangkang itu, namun berdasarkan semakan yang dilakukan, sahabat admin yang berada dilokasi yang juga penduduk tempatan memaklumkan bahawa lokasi berlangsungnya ceramah DAP semalam, jika mengikut kapasitinya hanya mampu dipenuhi sekitar 5000 orang (itu pun dalam keadaan berhimpit- himpit).
Admin tidak mahu mengatakan bahawa apa yang dilaporkan portal itu adalah satu pembohongan, kerana ada kemungkinan setiap hadirin yang membanjiri ceramah itu turut sama mendukung seorang lagi penyokong kuat Pakatan Rakyat.
Ianya adalah logik bagi setiap hadirin yang memenuhi ceramah itu mendokong seorang individu lain kerana berdasarkan anggaran angka kehadiran yang dinyatakan Malaysiakini adalah 10,000 berbanding kapasiti lokasi yang hanya mampu memuatkan 5,000 orang.
Untuk melihat gambaran selanjutnya; KLIK SINI.