Usai sahaja Pilihanraya Kecil Teluk Intan semalam yang menyaksikan Barisan Nasional yang diwakili Datuk Mah Siew Keong berjaya kembali menarik kembali sokongan rakyat, kebanyakan media maya Pakatan Rakyat dilihat cuba mempertikaikan keputusan rasmi yang telah diumumkan.
Lihat sahaja cubaan mereka untuk meracun pemikiran rakyat berhubung isu itu;
Dengan hanya bersandarkan angka tidak rasmi yang dikeluarkan media, mereka mula cuba untuk memanipulasi keputusan PRK Teluk Intan dan berharap agar rakyat mempercayai setiap manipulasi yang telah mereka ungkapkan dengan begitu teliti.
Kononnya satu penipuan maha hebat telah terjadi semalam sepertimana yang berlaku pada pemilihan PKR yang masih belum dapat diselesaikan.
Ayuh admin tunjukkan angka rasmi yang telah dikeluarkan pihak SPR berhubung jumlah sebenar pengundi yang keluar untuk menunaikan tanggungjawab mereka.
Sebenarnya peratusan keluar mengundi semalam adalah 66.67% iaitu 40,236 dan bukannya 66.50 % iaitu 39,850 seperti yang di umumkan kebanyakan media.
Kalaupun wujud benar wujud pembohongan, admin yakin bahawa tentera Pakatan Rakyat tidak akan duduk diam membatu sebegitu sahaja.
Lihat sahaja apa yang pernah dilakukan oleh orang- orang PKR sebaik mengetahui bahawa wujud penipuan dalam pemilihan parti mereka;
Video di atas memaparkan sifat agresif yang dimiliki pengikut Pakatan Rakyat apabila menyedari diri mereka ditipu.
Sesama orang sendiri pun mereka sanggup bersinting lengan, apalah sangat dengan Barisan Nasional.
Di sini dapat dilihat mereka sebenarnya memanipulasi satu kenyataan dan tidak wujud langsung walau sekelumit penipuan dilakukan Barisan Nasional pada PRK Teluk Intan.