Terkejut admin dibuatnya apabila membaca artikel yang diterbitkan Antarapos ini;
![]() |
http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WlbZlgbg== |
Zuraida dilihat cuba mengingatkan Datuk Mah Siew Keong supaya memastikan segala janji manifestonya pada PRK Teluk Intan ditunaikan dan menyatakan mereka akan memerhati setiap perlaksanaannya.
Agak pelik di situ, apakah Zuraida sudah beralih arah dan memberikan sokongan kepada Barisan Nasional dan berpaling dari Pakatan Rakyat?
Seharusnya, selaku wakil rakyat yang dipilih atas tiket Pakatan Rakyat, beliau akan berasa lebih gembira sekiranya setiap manifesto itu tidak dapat ditunaikan kerana ia boleh dijadikan modal untuk mereka kembali menghentam Barisan Nasional pada PRU14 nanti.
Apakah Zuraida tidak rela untuk membenarkan kerusi panas Teluk Intan kembali dirampas DAP sekiranya Mah tidak mengotakan janjinya?
Kalaupun mahu menyibuk hal parti lawan, admin dengan senang hati meminta agar Zuraida lebih tumpukan dan letakkan lebih pemantauan berhubung pemilihan parti yang beliau dokongi.
Sehingga artikel ini ditulis, admin dapati masih terdapat beberapa cabang yang belum melakukan pemilihan semula.
Lebih molek kiranya dapat Zuraida pantau dan tumpukan lebih perhatian berhubung perkara ini.