![]() |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/95-terbaik-dari-blog/28892-perdana-mentari-beratur-30-minit-untuk-beli-ayam-goreng |
Harakah sekali lagi membuktikan mereka dinaungi oleh individu yang tidak tahu erti bersyukur sekalipun mewakili dan merupakan lidah rasmi bagi parti yang kononnya paling islamik seantero Malaysia.
Seharusnya, mereka melahirkan kesyukuran atas kenikmatan yang dikecapi dari sebuah negara bernama Malaysia.
Ini tidak, mereka lebih selesa mengagungkan pemimpin luar. Lihat sahaja artikel yang diterbitkan di atas.
Sekalipun ianya dicedok dari garapan sebuah blog, pada hemat admin sebaik sahaja ia diterbitkan di dada portal itu, secara rasminya setiap pengisiannya dipersetujui oleh barisan editorial harakah.
Sesuatu yang lebih kelakar, artikel itu cuba membayangkan tindakan Lee Hsien Loong dan mahu membandingkannya dengan Datuk Seri Najib Razak.
Artikel ini secara tidak langsung telah memperlekehkan keupayaan Datuk Seri Najib Razak.
Jika mahu dibandingkan, admin cadangkan supaya ia dibandingkan secara keseluruhan.
Tatkala Perdana Menteri Singapura itu mengambil tindakan mahkamah terhadap salah seorang blogger dari negara itu, kenapa ia tidak turut diperkatakan?
![]() |
http://therealsingapore.com/content/blogger-roy-ngerng-sued-prime-minister-lee-hsien-loong |
Mengapa tindakan saman oleh Lee Hsien Loong itu tidak dibandingkan dengan tindakan saman Datuk Seri Najib Razak terhadap Malaysiakini?
Jika Datuk Seri Najib Razak harus mencontohi setiap tindakan Lee Hsien Loong, kenapa saman yang dikemukakan beliau terhadap Malaysiakini dipertikaikan?
Be professional, jika tindakan Datuk Seri Najib yang mengemukakan saman terhadap Malaysiakini itu dianggap sebagai melanggar hak asasi, pertikai juga tindakan Lee Hsien Loong.
Malahan, untuk memburukkan reputasi Perdana Menteri berhubung saman yang dikeluarkan terhadap Malaysiakini, segala taktik digunakan sehinggalah menggunakan Badan Peguam untuk menghentam beliau.
Sedikit pesanan daripada admin untuk barisan editorial Harakah, kalaulah Lee Hsien Loong begitu suci dimata anda, apa kata anda buka cawangan di Singapura?