Gambar berikut memaparkan beberapa keping gambar kerangka terakhir kenderaan keluaran Perodua dari model Viva yang akan dihentikan pengeluarannya dan diganti dengan satu model baru.
Bagi yang masih terbayang- bayang model baru yang akan menggantikan model Viva tersebut, di sini admin cedok sedikit artikel yang diterbitkan oleh blog NashrulSabri;
Gambar projek manipulasi oleh Theophilus Chin baru-baru ini.
Pandangan hadapan.
Pandangan belakang.
Diambil dari model Daihatsu A-Concept yang telah dipamerkan di Indonesia International Motor Show (IIMS) awal tahun 2011. Berikut adalah model Daihatsu A-Concept yang sebenar sebelum diadaptasi ke dalam projek manipulasi ini.
Daihatsu A-Concept yang direka oleh jurutera Daihatsu di Indonesia.
Tampak garang walaupun kecil.
Agak-agak korang, Perodua akan ambil tak design ni untuk keluarkan model pengganti Viva sebagaimana Myvi Elegance yang dilancarkan baru-baru ni tu?
Namun begitu, di bawah ini pula adalah sebuah gambar yang dikongsikan oleh spyshot terbitan blog paultan;
Kita nantikan sahaja kemunculan model pengganti Viva dihadapan mata. Berdasarkan cakap- cakap kawan- kawan admin yang bekerja dengan pengeluar kenderaan jenama Perodua itu, model pengganti ini adalah lebih cantik dan menarik jika mahu dibandingkan dengan model yang berada dipasaran sekarang.