Quantcast
Channel: Penggempur Mutiara
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1400

[4 GAMBAR SAYU] Mayat Bayi Perempuan Bertali Pusat Ditemui Terapung Di Dalam Parit Di Bagan Serai

$
0
0




Mayat bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui terapung di dalam parit berhampiran Jalan Matang Buluh, Bagan Serai dekat sini, Selasa.

Ketua Polis Daerah Kerian, Supt Mat Fauzi Nayan berkata mayat bayi yang cukup sifat itu ditemui oleh orang awam pada 1.30 tengah hari.

"Bayi itu dipercayai baru sahaja dilahirkan. Ini kita lihat berdasarkan fizikal mayat itu yang masih bertali pusat. Polis masih mengesan individu yang bertanggungjawab melakukan perbuatan terbabit," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata mayat bayi itu dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat.

Mat Fauzi turut memohon orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian agar menghubungi pihak polis untuk membantu siasatan. ~Mstar

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1400