Mungkin ramai diantara pengamal media pro kerajaan merasa amat bangga apabila PAS secara rasmi menarik kembali kebenaran untuk penganut Kristian menggunapakai kalimah Allah. Kononnya PAS kalah kepada desakan yang kebanyakannya dizahirkan oleh Pengamal media UMNO/BN.
Namun disebaliknya, adakah kita sedar bahawa ia adalah sebuah percaturan bijak yang mungkin cuba dilakukan secara tersirat tanpa dapat dihidu penggerak media UMNO/BN? Adakah secara strateginya mereka menang?
Secara ironinya, DAP sememangnya berhajat untuk menawan Sabah dan Sarawak dan PAS pula mahu memastikan sokongan ahlinya tidak berbelah bahagi.
Secara umumnya, penganut agama kristian jika mahu dikira berdasarkan peratusan populasi, Sarawak mengungguli jumlah penganut kristian dengan 42% dan diikuti Sabah sebanyak 34%. (statistik pada Jun 2011)
Tindakan Lim Guan Eng yang mendesak agar kerajaan agar membenarkan penggunaan kalimah Allah kepada Kristian berkemungkinan mempunyai maksud tersirat iaitu berhasrat untuk mendapatkan sokongan rakyat beragama Kristian di kepulauan Borneo itu.
Malahan penglibatan PAS sejak dari awal terhadap isu itu PM lihat sekadar untuk menambah perisa, mengalih tumpuan dan mungkin sekadar menutup tembelang sebenar dalam perancangan halus DAP untuk menghancurkan BN.
Melalui tindakannya itu, mungkin seribu pengharapan diletakkan agar rakyat Sarawak dan Sabah merasakan bahawa DAP lebih peduli tentang permasalahan yang mereka hadapi berbanding kerajaan pusat. Malahan gerakan untuk menawan Sarawak sudah lama dilakukan DAP (KLIK SINI).
Sekiranya sangkaan dangkal PM ini berasas, maka tutur bicara Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak yang berpandangan bahawa Sabah dan Sarawak akan terus menjadi “simpanan tetap” Barisan Nasional (BN) (KLIK SINI) ternyata meleset sama sekali.
Sekiranya sangkaan dangkal PM ini berasas, maka tutur bicara Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak yang berpandangan bahawa Sabah dan Sarawak akan terus menjadi “simpanan tetap” Barisan Nasional (BN) (KLIK SINI) ternyata meleset sama sekali.
Mungkin ramai diantara kita merasakan bahawa tindakan PAS yang merelakan kalimah Allah digunakan oleh penganut Kristian sebelumnya adalah satu tindakan yang bakal menguntungkan BN. Ternyata sangkaan kita meleset sama sekali, dengan penarikan semula kebenaran tersebut, maka akan berduyunlah kembali mereka mencium telapak kaki tok guru PAS. Kononnya pemimpin mereka mendengar keluhan akar umbi.
Tentera BN seharusnya sedar tentang kewujudan perancangan bersifat "Serampang Dua Mata" yang cuba digunakan Pakatan Rakyat.
Malahan artikel yang dikeluarkan Teresa Kok melalui blognya tidak berapa lama dahulu (KLIK SINI) juga adalah bagi mendapatkan kepastian berhubung peratus populasi rakyat Sarawak dan Sabah mengikut peratusan mungkin ada hubungkaitnya.
Sebagai pengamal media yang mendokong setiap perancangan Kerajaan Barisan Nasional, adakah kita akan terus memandang hanya yang tersurat dan tidak langsung meneliti apa yang tersirat? Masanya telah tiba untuk kita berubah dan cuba memahami apa yang cuba diusahakan Pakatan Rakyat secara tersirat.