PM tak dapat pastikan samada apa yang dikongsikan di atas adalah gambar asal atau sudah diedit terlebih dahulu oleh pihak- pihak yang tidak bertanggung jawab.
Sungguhpun begitu, pada pandangan PM, sesebuah kenderaan pikap adalah mustahil boleh dipandu dengan sebegitu laju. PDRM seharusnya meneliti semula saman AES di atas.
Sedangkan mengikut rekod, kelajuan tertinggi yang pernah dicapai sebuah kereta Formula 1 hanyalah 359km/j. Jadi kenderaan pikap ini nyata lebih laju daripada kereta F1 sekiranya gambar di atas adalah benar.