Bagi jejaka, si duda mahupun suami berganda yang berhajat untuk memiliki si janda bergetah ini, lupakanlah sahaja keinginan anda semua kerana sekiranya mengikut perancangan terkini, hanya Zain Saidin yang bertakhta dihati wanita itu dan khabarnya mereka sudah merancang untuk berkahwin dalam tahun ini juga.
Zain Saidin mengakui yang hubungannya dengan Rozita Che Wan adalah hubungan cinta yang serius. Kata Zain:-
“Che Ta (Rozita) tidak ada letak sebarang dateline kepada saya. Tetapi sudah tentu saya perlukan masa untuk buat persiapan. Sebabnya, saya lelaki dan saya perlu ada sejumlah wang untuk perbelanjaan kahwin.”
“Sebab itu saya kata, kalau ada rezeki, kami akan berkahwin pada tahun ini. Saya dan Che Ta memang serius. Kalau terdengar gosip tentang Che Ta berpasangan dengan lelaki lain, itu tidak benar. Dia bersama saya ketika ini.”
“Saya dengan anak-anak Che Ta tidak ada masalah. Hubungan kami baik-baik sahaja. Lebih-lebih lagi dengan anak keduanya. Kami berkongsi minat yang sama iaitu bola sepak. Tidak sukar mendekati anak-anak Che Ta sebab mereka peramah macam ibu mereka.” -RINDOK