Quantcast
Channel: Penggempur Mutiara
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1400

@cmlimguaneng Tolak Cabaran Debat Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Kerana Risau Tembelang Pecah?

$
0
0

Seperti yang sudah dijangka, Lim Guan Eng akan semahunya menepis dan mengelak daripada berdebat secara terbuka dengan Dr Ir Shaik Hussein Mydin. Sekalipun bertujuan membersihkan namanya yang kononnya telah tercemar, Lim Guan Eng lebih rela membiarkannya tanpa mahu membersihkan kekotoran yang sudah sedia terpalit.


Sebelum ini, penyokong rasmi Pakatan Rakyat sering mendesak agar DS Najib Razak berdebat secara terbuka dengan Anwar Ibrahim, malahan hingga ada segelintir yang menggelarkan DS Najib sebagai penakut.

Apa kata pada kali ini, penyokong tegar Pakatan Rakyat cabar pula Lim Guan Eng untuk berdebat bagi membuktikan keberanian dan kebenaran pemimpin agung mereka di Pulau Pinang itu?

Ikuti kenyataan media Dr Ir Shaik Hussein Mydin susulan daripada keengganan Lim Guan Eng itu;

KENYATAAN AKHBAR KP UMNO PP RESPONS KEPADA KENYATAAN LGE YANG ENGGAN BERDIALOG BERDASARKAN KENYATAAN AKHBAR ANDREW YONG, PEGAWAI KHAS LGE 
Seperti biasa LGE telah memutar belit isu dan cuba tukar topik dengan mengaitkan isu2 lain dan juga individu2 lain yang tidak ada kaitan langsung dengan “skandal rasuah taman manggis.”
Saya bersama Hng telah mengatakan bahawa LGE telah menerima rasuah bukan “wang rasuah” seperti yang dijelaskan oleh Andrew Yong. LGE juga perlu tahu bahawa rasuah juga merangkumi skop “penyalahgunaan kuasa” dan “pecah amanah”. 
Persoalan Banglo Mewah yang disewa oleh LGE daripada salah seorang pengarah berkepentingan dalam Kumpulan KLIDC masih belum terjawab. 
Kenyataan bahawa KLIDC telah diterima kerana tawaran harga paling tinggi juga adalah bukti bahawa LGE telah menyalahgunakan kuasanya untuk membenarkan pembinaan HOTEL 19 tingkat diatas hospital pakar. Ini adalah kerana tiada kenyataan bahawa penender lain dibenarkan membina HOTEL dalam proses tender. 
Jelas berlaku Penyalahgunaan kuasa dan penipuan dalam proses tender. Kenyataan ini telah berulangkali dikemukakan kepada LGE tetapi dia masih mendiamkan diri.
Mengenai kononnya LGE mempunyai komitmen politik untuk menghapuskan rasuah juga adalah retorik politik dan gimik politik LGE untuk PRU13. 
Mengenai Retorik Tender Terbuka pula, saya boleh buktikan dengan fakta dan undang2 bahawa hampir kesemua Tender Terbuka yang dilaksanakan oleh LGE melalui CMI termasuk tender Skandal Taman Manggis tidak memenuhi prasyarat Proses Tender Terbuka berdasarkan undang-undang. 
Gimik untuk menipu rakyat paling hebat kerajaan negeri DAP adalah “PENGISTIHARAN HARTA” LGE dan rakan2 exconya. Ini adalah kerana manusia paling kaya didunia pun dapat mengistiharkan TIADA HARTA jika diberi masa tiga tahun untuk mengistiharkannya dan Tiada pula pengistiharan harta keluarga dan syarikat mereka yang menjadi persoalan utama. 
Kenyataan bahawa saya enggan minta maaf sebelum ini telah saya perjelaskan kerana didapati bahawa video majlis DAP tersebut telah dipalsukan sepertimana video anwar Ibrahim. Jika DAP berkata bahawa video anwar Ibrahim boleh dipalsukan maka sudah pasti DAP mampu memalsukan video lain juga. 
Akhir kata, ternyata dan terbukti bahawa LGE TAKUT dengan bukti dan cabaran dialog yang akan diadili dalam MAHKAMAH RAKYAT oleh MEDIA. Kenyataan LGE bahawa dia akan buktikan di mahkamah juga adalah untuk mengelak daripada rakyat mengadili dia sebelum PRU13. Saya berharap Rakyat Pulau Pinang dapat menghukum LGE dalam PRU13. 
Sekian. 
IR.DR.SHAIK HUSSEIN B. MYDIN

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1400