Kematangan yang cuba ditampilkan Lim Kit Siang sebelumnya (KLIK SINI) nyata dipatahkan dengan mudahnya oleh Ketua Biro Khidmat Awam dan Aduan MCA, Datuk Seri Michael Chong apabila menampilkan lebih kematangan dan kesantunan apabila tampil menawarkan ganjaran bernilai RM 60,000 kepada sesiapa sahaja yang berupaya memberikan maklumat tepat berhubung kejadian penuh tragis itu.
Datuk Seri Michael Chong tidak sesekali menuding jari menyalahkan sesiapa jua, sebaliknya tindakan yang dilakukan lebih berunsur mahu membantu.
KUALA LUMPUR - Ganjaran RM60,000 menanti sesiapa yang mempunyai maklumat sehingga membawa kepada penangkapan dan sabitan mereka yang bertanggungjawab atas kematian William Yau Zhen Zhong.
Polis hari ini mengesahkan laporan awal ujian ‘deoxyribonucleic acid’ (DNA) Jabatan Kimia ke atas seorang mayat kanak-kanak lelaki yang ditemui di Pelabuhan Klang, pada 24 Jan lalu, adalah William.
William, 6, dilaporkan hilang pada 16 Januari di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights, Subang Jaya selepas dipercayai keluar daripada kenderaan untuk mencari ibu bapanya yang singgah di sebuah kedai barangan elektrik.
"Ia belum selesai, hanya kerana pihak polis telah menemui mayatnya. Kami mahu keadilan untuk si kecil William,” kata Chong menambah, ganjaran itu disumbangkan enam pihak yang prihatin.
Katanya, sesiapa yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran atau menghubungi beliau di talian 013-3982381 atau 03-22033888.
Sumber : Kosmo Online