Admin sedikit terkilan dengan tindakan kurang matang sebahagian cybertroopers pro UMNO yang hebat menghentam Afdlin Shauki sebaik sahaja gambar dirinya berdiri sepentas dengan Anwar Ibrahim beberapa hari lepas tersebar.
Seharusnya kita harus sedar bahawa apa yang dilakukan Afdlin adalah disebabkanoleh komposisi dirinya selaku duta kepada Aqsa Syariff dalam meneruskan misi kemanusiaan di bumi alestin.
Sebelum ini, kita sering menghentam sikap tidak profesional PAS apabila mengambil tindakan memecat keahlian Ustaz Nasharuddin dari Majlis Syura Ulama PAS hanya disebabkan kerana penampilannya yang dianggap merugikan PAS.
Persoalannya, apakah kita juga sama seperti PAS dalam menilai isu remeh seperti ini?
Mungkin ada diantara kita yang perlu untuk menilaikan semula penulisan berhubung perkara ini. Bukanlah niat admin untuk menghentam sahabat seperjuangan, cuma apa yang Afdlin lakukan seharusnya dinilaikan dengan seadilnya tanpa meletakkan sepenuhnya kesilapan dibahu individu tersebut.
Rasanya tidak perlulah admin senaraikan sahabat cybertroopers UMNO yang bertindak kurang matang seperti yang admin maksudkan kerana dikhuatiri akan menimbulkan aib sesama kita.
P/s : Perhalusi dahulu sedalamnya sebelum menghentam semahunya...