Quantcast
Channel: Penggempur Mutiara
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1400

Terbogel Sendiri!!! Pertunjukan SEKSI PKR VS PSY Di Mata PAS!!!

$
0
0

Naik pening admin memikirkan dua kenyataan berbeza yang dikeluarkan dua pemimpin PAS. Mana tidaknya, tindakan BN yang membawa masuk penyanyi yang popular melalui lagu Gangnam Style bagi meraikan Tahun Baru Cina di Pulau Pinang dikatakan mahu menarik perhatian anak muda, manakala pertunjukan seksi di pentas anjuran PKR di kulim pula dihalalkan semahunya.
SHAH ALAM: Exco Kerajaan Negeri Kedah Abdul Ghani Ahmad menegaskan majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran ADUN PKR Kulim, Lim Soo Nee yang memaparkan penghibur wanita berpakaian seksi, tidak menyalahi mana-mana undang-undang di negeri itu.  
 

Menurutnya, Enakmen Hiburan yang digunapakai di Kedah menetapkan cara berhibur orang Islam yang tertakluk kepada landasan tertentu manakala bukan Islam diberikan kelonggaran tertentu ketika mengadakan persembahan awam.  

Ghani berkata Soo Nee memaklumkannya bahawa majlis itu dianjur bagi menangkis dakwaan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek bahawa hak bukan Islam terhakis dengan garis panduan mengenai hiburan awam kerajaan Kedah.  

Ghani berkata ADUN PKR itu menepati segala keperluan untuk mengadakan pertunjukkan pentas yang mencetuskan kontrovesi dengan penampilan dua penghibur wanita Cina yang berpakaian menjolok mata.  

"Sebelum dia buat dia minta kebenaran, lepas itu buat di tempat dia, tanpa libatkan orang Melayu. (Pertunjukan ini) sempena Tahun Baru Cina. Pandangan saya dia buat itu mengikut prosuder,” kata Ghani pada Antarapos.  

"Dia kata dia tidak lah mahu menongkah arus atas enakmen itu cuma dia nak gambarkan pada Chua Soi Lek (Presiden MCA) bahawa orang Cina di Kedah boleh mengadakan acara kebudayaan sempena Tahun Baru Cina. 

Soo Nee yang juga Majlis Exco Kerajaan Negeri menganjurkan pertunjukkan itu di Pusat Khidmat Pekan Kulim selepas kerajaan negeri menolak permintaannya untuk mengadakan majlis itu di tempat terbuka.  

Di tanya tindakan Soo Nee membawa artis berpakaian menjolok mata, Ghani berkata perkara itu di luar kawalan beliau.  

"Bila penganjur bawa penari itu dia tidak lah tahu selidik pakaian mereka,ini yang dimaklumkan kepada saya,” kata beliau.  

Ghani berkata bukan tempatnya untuk merumuskan sama ada pakaian artis berkenaan menjolok mata atau tidak.  

"Adakah gambaran seperti itu? Cara berpakaian itu saya tidak pasti sebab gambaran kata menjolok mata tapi sejauh mana pakaian itu menjolok mata saya tidak pasti...sebab orang Cina ini sudah menjadi satu lumrah dia berpakaian begitu,” kata beliau.  

Penghibur dalam pertunjukan anjuran PKR Kulim itu memakai kemeja yang mendedahkan pinggang dan tubuh belakang mereka.  

Pada awal tahun ini MCA menyifatkan tindakan kerajaan Kedah mengenakan peraturan berpakaian bagi artis yang mengadakan persembahan sempena Tahun Baru Cina melampaui norma biasa. 

Garis panduan dilihat menghakis kebebasan bukan Melayu untuk mengadakan pertunjukan awam dan diselar oleh pemimpin DAP serta MCA.  

Setelah mendapat bantahan, kerajaan Kedah membatalkan peraturan berkenaan pada 15 Januari dan membenarkan artis lelaki dan wanita mengadakan persembahan asalkan mereka berpakaian sopan, termasuk tidak mendedahkan ketiak, dada dan paha. -Antarapos

Yang menjadi persoalannya, adakah persembahan yang menampakkan ketiak, dada dan paha sahaja yang PAS kategorikan sebagai menjolok mata? bagaimanakah pula dengan gambar di bawah ini?

...jangan sampai nampak ketiak, dada dan paha aje ye...


Sungguhpun begitu, Mat Sabu masih mahu mempertikaikan kehadiran Psy yang secara terangnya sudah memenuhi kriteria yang ditetapkan PAS Kedah. Kenapa kenyataan seperti di bawah dikeluarkan? Dalam kedudukan ini, siapa yang terdesak sebenarnya?

PASIR PUTEH - Barisan Nasional (BN) dianggap terdesak menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) untuk menarik pengundi muda hingga sanggup menggunakan apa sahaja kaedah, termasuk membawa masuk artis K-Pop yang menjadi kegilaan ramai. 
Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, ini membuktikan pimpinan BN menyedari orang muda tidak lagi percaya kepada mereka. 
“Saya anggap ini usaha terakhir BN yang terdesak,” katanya kepada Sinar Harian selepas melancarkan billboard Himpunan Kebangkitan Rakyat # KL112 di Bulatan Tok Adam di sini, kelmarin. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan mengenai artis Korea, Psy yang mencetuskan fenomena dengan lagu dan tarian Gangnam Style yang akan dijemput mengadakan persembahan sempena Tahun Baru Cina anjuran BN di Pulau Pinang minggu depan. 
Difahamkan, Psy meminta bayaran RM2.3 juta untuk persembahan di Malaysia.Sebuah syarikat swasta gergasi mengakui menaja konsert itu. 
Psy, atau nama sebenarnya Park Jae-Sang, merupakan artis paling sensasi dari Korea Selatan dikatakan akan membuat persembahan pada 11 Februari ini di padang sekolah Han Chiang yang dijangka menarik 50,000 penonton. 
Mohamad berkata, sekiranya penganjuran konsert itu melibatkan wang kerajaan, ia tidak wajar kerana melibatkan perbelanjaan terlalu besar. 
“Kalau melibatkan wang kerajaan, memang tak patut, tapi kalau wang syarikat swasta itu hak dia,” katanya. 
Mengenai tarikh PRU13 yang masih rahsia, beliau berkata, BN hanya akan adakan PRU13 selepas mengagihkan wang Bantuan Rakyat 1 Malaysia kedua (BR1M 2.0). 
“Kita (Pas) tidak terjejas dengan tarikh yang dilewatkan dan kita juga memberi penerangan supaya rakyat tidak menolak bantuan tersebut. 
“Apa yang perlu diingat ialah itu bukan wang lebihan negara. Rakyat kena sama-sama pikul kesannya nanti,” katanya. -SH

Apakah istilah menjolok mata bagi PAS hanya melibatkan program UMNO/BN dan DAP/PKR pula dikecualikan? Agaknya penarafan istilah menjolok mata bagi PAS hanya akan dapat dikenalpasti apabila berlaku penayangan seperti di bawah?


Kalau macam inilah status penarafan halal dan haram bawaan PAS pastinya Anwar Ibrahim akan berkata...

"Astaga, Lu Semua Mau Bikin Malu Sama Gua".

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1400