Pelakon Zain Saidin dan kekasih hatinya Rozita Che Wan telah menghabiskan cuti di Universal Studio, Singapura. Percutian itu juga disertai oleh anak Rozita hasil perkahwinannya yang terdahulu.
Sebelum ini kecoh jugak la bila Zain Saidin meluahkan rasa cintanya kepada Rozita Che Wan di Twitter. Bermacam versi kisah gosip dan kata orang telah didengari. Akhirnya Zain Saidin mengakui mahu berkahwin dengan Rozita Che Wan dan merancang majlis nikah pada hujung tahun ini.
Jika melihat dari gambar mesra ini, nampaknya Zain tidak ada masalah dengan anak bujang Che Ta. Jadi harap-harap rancangan untuk bernikah menjadi kenyataan.