Quantcast
Channel: Penggempur Mutiara
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1400

Si Bangsat Mahu MOHON KEMAAFAN Raja Permaisuri Agong

$
0
0

Berdasarkan maklumat yang baru disampaikan kepada admin oleh salah seorang sahabat, lelaki yang didakwa menghina Raja Permaisuri Agong dua hari lepas dengan menunjukkan isyarat lucah kini berhajat untuk memohon maaf secara terbuka kepada baginda.

Sungguhpun begitu, difahamkan permohonan maaf hanya melibatkan Raja Permaisuri Agong dan bukannya terhadap bangsa melayu walaupun beliau ada menyatakan bahawa Pulau Pinang adalah hak mutlak bangsa cina sahaja ketika cuba ditangkap polis

Masihkah kita ingat dengan insiden yang hampir sama seperti yang dipaparkan dibawah ini?



Ong Sin Yee, 19 tahun, budak perempuan Cina yang telah memijak gambar Perdana Menteri pada malam Ambang Kemerdekaan di Dataran Merdeka, telah membuat permohonan maaf secara terbuka dalam satu sidang media yang sudah tentulah didalangi oleh DAP. Menurutnya, tindakannya itu didorong oleh pengaruh persekitaran dan terikut-ikut. 
Amat mudah anak Cina itu meminta maaf dan mengharapkan, tiada sebarang tindakan dilakukan ke atasnya! 
Dan barangkali juga, pihak berkuasa juga akan memaafkannya lantas menggugurkan segala dakwaan ke atasnya atas desakan DAP dan Pakatan Rakyat yang kononnya masa hadapan Ong Sin Yee. Bukankah pihak berkuasa di Malaysia, amat mudah lembut hati dalam hal-hal yang melibatkan golongan bukan Melayu-Bumiputera sebagaimana dalam kes penghinaan terhadap Sahabat-Sahabat Nabi s.a.w yang dilukis secara satira oleh dua orang guru tiusyen di Johor dua bulan lepas. 
Berbanding nasib yang menimpa Muhammad Ammar yang bukan sahaja kehilangan peluang untuk meneruskan pengajiannya di Kolej Cybernatic, Ong Sin Yee mendapat pembelaan daripada DAP dan Pakatan Rakyat dengan sidang media yang khusus untuk menarik simpati dan sokongan.

Taktik sebegini sebenarnya telah diamalkan oleh puak-puak berkenaan semenjak lama dahulu. Ambil sahaja contoh Tragedi 13 Mei 1969, sehingga sekarang tiada sebarang tindakan diambil terhadap golongan yang telah mencetuskan, sekaligus membunuh ribuan orang tidak berdosa. Malah, sebahagian besar daripada mereka, masih lagi menjadi pemimpin politik yang terus mengamalkan dasar pemecahan kaum yang amat ekstrem dengan sokongan berterusan terhadap sekolah-sekolah vernakular yang menjadi lambang kepada ketegaran puak-puak tersebut untuk kekal dalam kelompok tersendiri.

Sudah sampai masanya, kerajaan bertindak tegas terhadap golongan ini. Kaedah memanjakan seperti yang diamalkan sekarang, tidak akan menyedarkan mana-mana pihak tentang peri pentingnya kehidupan bernegara. Sekarang ini pun, bukan sedikit golongan muda yang beranggapan, mereka sudah berada dalam zon selamat yang membolehkan mereka berbuat apa-apa sahaja, walaupun tindakan mereka hanya akan mendatangkan keburukan yang lebih besar kepada negara. 
Setakat tangkap, tahan dan kemudian bebaskan tanpa sebarang pertuduhan, ia hanya akan menambahkan lagi kesan lawak di hati rakyat. Kebimbangan tentang ketiadaan undi dari bukan Melayu, seharusnya tidak mendahului undang-undang negara yang perlu dilaksanakan dan diperkemaskan pada sepanjang masa.

Bab minta maaf itu, boleh diterima tetapi selepas minta maaf, remaja Cina itu perlu menerima kesan daripada perbuatannya agar menjadi contoh teladan kepada orang lain! 
Minta maaf dan tindakan ke atasnya adalah dua perkara yang berbeza sama sekali…
-Kedahan69ers 

Kali ini, penganut tegar DAP sekali lagi cuba untuk menggunapakai skrip yang hampir sama bagi melepaskan anak bangsanya biarpun berkelakuan biadap terhadap pembesar negara. (KLIK SINI)

Sejujurnya, admin merasakan bahawa kerajaan telah terlalu banyak berlembut dengan manusia bangsat seperti ini. Admin sendiri sebelum ini pernah menyuarakan pendapat peribadi berhubung perkara- perkara seperti ini (KLIK SINI).

Adakah kita masih akan terus berlembut dan membiarkan mereka ini terus merekrut ahli baru untuk terus menampilkan kebiadapan mereka?

Sudah, cukup- cukup sudah.... Cukup sampai di sini rasanya sikap berlembut yang kita ada...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1400