Sungguhpun dilihat berbangga dengan penyebaran video insiden 'NO' sejak beberapa hari lepas, DAP sebenarnya berada dalam keadaan seakan- akan cacing kepanasan apabila cuba menzahirkan bahawa tidak akan ada bendera BN bakal dibenarkan berkibar pada PRU13 nanti.
Sekalipun berlagak 'cool' dengan sambutan hangat terhadap program Sambutan Tahun Baru Cina di padang Sekolah Tinggi Han Chiang, sebenarnya hati mereka tidak tenang.
Tambah menyakitkan, harapan agar Anwar Ibrahim dapat melakukan 'damage control' pada majlisnya yang diadakan sehari selepas itu di Seberang Jaya dilihat tidak lebih sekadar memenuhi siri jelajah penipuan bersiri apabila sekadar mendapat kurang daripada 100 kehadiran penduduk setempat (KLIK SINI).
Dengan tindakan kurang matang seperti yang ditampilkan DAP ini, admin berani untuk mengatakan bahawa BN bakal menguasai semula Pulau Pinang sekiranya tiada budaya sabotaj dari dalam mahupun luar parti.
Sekiranya mahu diungkit tentang permit, rasanya kebanyakan kain rentang yang terpacak dimerata tempat bagi setiap program Pakatan Rakyat juga begitu. Adakah DAP akan meletakkan ketepi sikap 'double standard' mereka sekiranya perkara ini dapat admin buktikan?
Atau adakah DAP akan mengambil pendekatan tidak akan ada langsung bendera dari sebarang parti tidak kira dari pihak BN mahupun Pakatan Rakyat sekiranya dapat dibuktikan tentang sikap 'double standard' berhubung permit ini?
P/s : Masih berkuasakah pihak berkuasa tempatan selepas DUN dibubar? Admin pun tak pasti...
P/s : Masih berkuasakah pihak berkuasa tempatan selepas DUN dibubar? Admin pun tak pasti...