Admin meminjam kata- kata daripada Che'gu Bard pada salah satu siri ceramahnya;
"UMNO/BN sekarang diibaratkan menghidap barah peringkat 4 apabila kita berduyun- duyun turun ke Himpunan Kebangkitan Rakyat pada 12 Januari lalu"
Persoalannya sekarang, parti manakah yang menghidapi barah peringkat empat dan sudah tidak ada peluang untuk sembuh?
Lihat sahaja petikan blog Che'gu Bard yang diterbitkannnya seperti di bawah;
![]() |
Bersumberkan Mindef Dan Bukit Aman? |
Sekalipun sudah terdesak dengan gerombolan rakyat yang kembali menyokong Barisan Nasional, secara rasionalnya rakyat tidak seharusnya ditipu walau hanya sebesar zarah dari individu bergelar pemimpin.
Sebagai yang pernah bergelar pendidik, rasanya Che'gu Bard seharusnya menyelidik terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan melalui blog peribadinya.
Untuk makluman pembaca, jangkaan dan maklumat seperti yang dipaparkan melalui blog tersebut bukanlah sebenarnya diperolehi daripada Mindef mahupun Bukit Aman.
Sebaliknya, ia dicedok dan diolah semula sepenuhnya dari twitter mantan Menteri Besar Perak era Pakatan Rakyat, Datuk Seri Nizar Jamaluddin pada 2 Februari 2013 yang lepas.
![]() |
Ini Bukan Mindef, Ini X-MB. |
Sekiranya ia bersumberkan Mindef dan Bukit Aman, kenapakah Nizar tidak menyatakannya sejak dari awal twitternya dihantar?
Adakah kekangan jumlah aksara membuatkan Nizar sukar untuk menyenaraikan Mindef dan Bukit Aman di dalam twitternya?
Malahan jika dilihat semula, Nizar sendiri ada menyatakan seperti berikut melalui twitternya itu;
"Berikut kebarangkalian kedudukan kerusi Parlimen selepas PRU13"
Tidak ada sekelumit pun kenyataan daripada mantan Menteri Besar itu yang mengatakan bahawa ia disumberkan dari Mindef mahupun Bukit Aman.
Ingat Che'gu, orang tua selalu berpesan;
"Siakap senuhong, Gelama ikan duri
Sekali berbohong, lama- lama mencuri"
Agaknya sudah terlalu terdesak, fakta- fakta kabur pun cuba diterangkan dengan menokok tambah serba sedikit.