Semalam kotak e-mel rasmi PM menerima sekeping foto yang dihantar oleh salah seorang "penyumbang maklumat" kepada laman ini.
Majlis penyerahan sumbangan terhadap pelajar cemerlang UPSR sekitar Seberang Perai Selatan telah disempurnakan (walaupun tidak seberapa) oleh Ketua Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Zainal Abidin Osman yang juga bekas Ahli Parlimen Nibong Tebal sebelum tewas kepada Tan Tee Beng yang mewakili PKR pada PRU12 yang lalu.
Persoalannya, kemanakah pergi menghilangnya Ahli Parlimen yang dipilih rakyat pada PRU12 yang lalu? Agaknya sudah melimpah ruah sumbangan yang ditaburkan bekas anak didik Anwar Ibrahim itu?
Turut sama menjayakan majlis itu adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Acheh, Datuk Mahmud Zakaria.
Untuk makluman, sungguhpun tidak menjadi pilihan rakyat pada PRU12, Datuk Zainal tetap juga terus menabur bakti kepada rakyat di Nibong Tebal. Jadi, adalah satu kerugian kepada setiap golongan rakyat sekiranya beliau terus dinafikan haknya untuk bergelar Ahli Parlimen selepas PRU13 nanti.