Quantcast
Channel: Penggempur Mutiara
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1400

(VIDEO) NIK AZIZ MOHON MAAF ISU SAMAKAN PENERIMA BRIM AYAM DAN LEMBU?

$
0
0

Admin pasti ramai ya g ternanti- nantikan permohonan maaf daripada Murshidul Am PAS, Nik Aziz apabila ia menyamakan penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) beberapa hari yang lepas.

Bukanlah niat admin untuk memalukan insan yang mulia di pandangan penganut setia ajaran PAS ini.

Cuma admin rasa amat terkilan dengan apa yang diucapkan beliau selaku seorang yang diidolakan pengetahuan agamanya. Bukankah islam mengajar agar kita tidak merendahkan martabat insan lain?

Dengan pernyataan yang dikeluarkan , secara tidak langsung Nik Aziz menghina golongan bawahan yang berpendapatan rendah dan cuba dibantu kerajaan.

Seharusnya Nik Aziz bersyukur masih ada lagi pihak yang mahu memberikan bantuan kewangan kepada rakyat bawahan, tidak seperti PAS yang lebih selesa mengutip ufti disetiap siri ceramah mereka.









Malahan dengan menggambarkan lembu sebagai sesuatu yang hina, sedarkah Nik Aziz bahawa dia sudah menghina binatang suci bagi penganut agama Hindu?

Berdasarkan sejarah, kebanyakan pemimpin Pakatan Rakyat tidak akan sesekali memohon maaf sekalipun sudah jelas lagi nyata mereka berada dipihak yang tidak benar. Sebaliknya mereka hanya akan memutarkan sesuatu isu agar kembali menyebelahi mereka semula.

Admin ingin mengajak pembaca untuk menilai semula pengucapan Nik Aziz seperti yang admin paparkan di bawah ini;



Viewing all articles
Browse latest Browse all 1400