Tahniah admin ucapkan kepada sebahagian besar kakitangan awam yang akan menerima berita gembira daripada Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak tidak berapa lama lagi.
Sungguhpun begitu, ternyata Pakatan Rakyat adalah satu entiti yang perlu diberikan lebih perhatian kerana mereka dilihat lebih pro aktif berhubung isu- isu seperti ini.
Bagi memenuhi hajat dan keperluan rakyat, Pakatan Rakyat amat berbesar hati untuk meniru serba serbi dari Singapura dan sanggup untuk menetapkan gaji minima sehingga RM 4,000 untuk setiap individu bekerja di negara ini.
Bagi yang masih sangsi akan keadaan yang bakal menimpa kita sekiranya itu terjadi, admin hidangkan pembaca dengan klip di bawah untuk memudahkan kita membuat penilaian
Dengan keadaan sebegini, apakah mungkin mimpi yang disajikan disiang hari seperti menurunkan harga kereta dapat dicapai? Malahan pada pandangan admin, sekiranya ianya benar terjadi maka taraf hidup semua kita akan semakin menurun.
Sekiranya perkara seperti yang dipaparkan berlaku lantaran gaji minimum seperti yang dimahukan Pakatan Rakyat, apakah pula rasionalnya untuk menurunkan harga kereta sekiranya hendak mengisi perut sendiri pun tidak mencukupi.
Fikir biarlah menggunakan kepala yang berotak, jangan hanya menggunakan kepala dilutut.