Sebentar tadi ketika melayari sebuah portal perbincangan, admin amat terkejut dengan maklumat yang dikongsikan oleh salah seorang forumer dilaman tersebut yang berbunyi;
Just mw suru hati2, seramai 500 org Tentera Sultan Sulu sudah smpai ke kwasan KK dan bersembunyi di Sepanggar Bay. Mereka akan melancarkn tindakan aggresion sama sepertimana dgn tindakan mereka di LD. so, BE CAREFULL!!!
KLIK SINI untuk terus ke halaman yang dimaksudkan.
Berdasarkan maklumat itu, admin segera berhubung dengan salah seorang sahabat yang turut terlibat memantau keadaan semasa berkaitan tuntutan Sultan Sulu di Lahad Datu.
Sebaik sahaja mendengar pertanyaan itu, sahabat admin seakan terpinga- pinga, menurutnya setiap perkembangan berhubung perkara- perkara berkaitan insiden Lahad Datu pasti akan segera sampai ketangannya untuk dilaporkan segera kepada pihak atasan.
Namun berdasarkan keadaan semasa, admin dimaklumkan tiada perkara seperti itu berlaku di Kota Kinabalu.
Sejajar itu, admin memohon dan menyeru agar semua pihak yang prihatin berhubung isu Lahad Datu ini, tapis dahulu setiap maklumat yang diterima dan pastikan ianya disahkan benar sebelum mengongsikannya di laman sosial mahupun media alternatif.
Dikhuatiri, dengan penyebaran maklumat songsang seperti ini akan menimbulkan kekecohan dikalangan rakyat setempat sehingga memungkinkan berlakunya tragedi yang tidak diingini.
Admin memuji sifat forumer terbabit yang mahu mengongsikan setiap maklumat yang diterima dengan orang awam dan tidak sesekali menyalahkannya atas kesilapan fakta ini. Setidak- tidaknya ia membuktikan betapa prihatinnya forumer tersebut dengan permasalahan yang dihadapi sekarang.