Quantcast
Channel: Penggempur Mutiara
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1400

Panas!!! Azmin Ali Rosakkan Perancangan Nurul Izzah Menipu?!!! #TolakPR #Vote4BN #PakatanRosak #PenipuRakyat

$
0
0

Semalam, Nurul Izzah menciptakan kejutan baru apabila menyangkal sekeras- kerasnya laporan beberapa media yang menyatakan bahawa ibunya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail tidak akan bertanding disebarang kerusi samada Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri yang dipetik daripada kenyataan bapanya sendiri kepada stesen televisyen Al Jazeera, Rabu lepas.

PRU-13: Nurul Izzah Sangkal Ibunya, Wan Azizah Tidak Bertanding

KUALA TERENGGANU: Tidak sampai 24 jam berita Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak akan bertanding dilaporkan media, anaknya Naib Presiden parti Nurul Izzah Anwar menyangkal kebenaran berita itu. 
"Itu hanya cakap-cakap politik," katanya malam Khamis, walaupun menyedari berita itu berpunca daripada KeadilanDaily.com yang memetik bapanya Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan perkara itu kepada stesen televisyen Al-Jazeera Rabu lepas. 
"Itu kenyataan dikeluarkan oleh Jabatan Pilihan Raya Pusat (JPRP) Keadilan (merujuk kepada KeadilanDaily.com) saja. Setakat ini tidak ada perancangan sebegitu dan ia akan dimuktamadkan semasa hari penamaan (calon) nanti.
"Saya rasa pengumuman rasmi akan dibuat pada Rabu (depan) oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau akan tahu pastinya mengenai persiapan calon," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah di Chabang Tiga di sini.  
Nurul Izzah selepas menyampaikan ceramahnya. -foto THESTAR

Kenyataan Dr Wan Azizah tidak akan bertanding dimaklumkan Anwar semasa temu bual secara langsung dengan Al-Jazeera pada Rabu, menurut KeadilanDaily.com di www.keadilandaily.com, Khamis. 
Nurul Izzah juga tidak percaya Anwar akan beralih angin bertanding di Perak seperti yang dibayangkan bapanya. 
"Saya fikir beliau tidak menyatakan yang beliau bersedia bertanding di Perak. Ini spekulasi media dan saya sendiri telah mendapat memorandum daripada warga Permatang Pauh yang meminta beliau (Anwar) kekal di sana. 
"Ada satu dimensi sentimental yang amat unik di Permatang Pauh. Ibu saya Wan Azizah telah tiga penggal menjaga kerusi dan berkhidmat di sana dan ternyata permintaan mereka untuk (Anwar) kekal di sana harus diambil kira," katanya. 
Anwar menyandang kerusi Parlimen Permatang Pauh selepas menang pilihan raya kecil yang diadakan pada 26 Ogos 2008 ekoran tindakan Dr Wan Azizah mengosongkan kerusi itu untuk suaminya. 
Mengenai pembahagian kerusi PKR dan PAS di Terengganu, Nurul Izzah berkata perkara itu masih dalam perbincangan di peringkat akhir dan akan akan ditentukan dalam sehari dua lagi. 
Sementara itu di GERIK, Anwar kembali berteka-teki tentang pilihannya sama ada bertanding kerusi di Perak atau kekal di Permatang Pauh. 
Calon-calon PKR pada PRU-13 (dari kiri) kerusi Parlimen Bagan Serai Dr Muhamad Nur Manuty, kerusi Parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye, kerusi Parlimen Lumut Laksamana (B) Mohd Imran Abdul Hamid dan kerusi Parlimen Padang Rengas Dr Meor Ahmad Isharra Ishak yang diumumkan oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Program Jelajah Merdeka Rakyat di Grik, malam Khamis. - fotoBERNAMA
Malam tadi beliau menggunakan alasan 'mahu berbincang' dengan pengundi di Permatang Pauh supaya 'mereka tidak berkecil hati' dan meminta tempoh 24 jam untuk membuat keputusan. 
Ini kerana penyokongnya di Permatang Pauh telah membantu PKR mempertahan kerusi itu semasa Dr Wan Azizah bertanding sehinggalah beliau mengambil alih, katanya ketika berucap pada ceramah program Jelajah Merdeka Rakyat di situ. 
Dalam pada itu beliau juga menimbulkan soalan: "Kalau saya bertanding di Perak, boleh ka? Saya memang bercadang bertanding di Perak, saya tujuh tahun di Kuala Kangsar (Kolej Melayu Kuala Kangsar), dan saya dua tahun (sebagai tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri) di Kamunting, Perak. Sembilan tahun di Perak, takkan tak boleh jadi ahli Parlimen Perak kot". 
Anwar turut mengumumkan bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada Laksamana Pertama Mohamad Imran Abdul Hamid sebagai calon PKR bagi kerusi Parlimen Lumut manakala Ketua Angkatan Muda Keadilan Perak Dr Meor Ahmad Isharra Ishak calon kerusi Parlimen Padang Rengas. 
Ketua pembangkang itu sebelum ini mengumumkan Dr Lee Boon Chye akan mempertahan kerusi Parlimen Gopeng, Mustafa Kamil Ayub pula sebagai calon PKR bagi kerusi Parlimen Pasir Salak dan Dr Muhammad Nur Manuty di Bagan Serai. - BERNAMA

Sungguhpun begitu, tidak sampai 24 jam, segala penafian yang dilakukannya Nurul Izzah itu hancur berkecai ditangan Azmin Ali.

Azmin Sahkan Wan Azizah Tidak Bertanding



 
PETALING JAYA: Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali sekali lagi mengesahkan bahawa Presidennya, Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak tersenarai untuk bertanding pada pilihan raya akan datang.

Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor mengakui bahawa nama Wan Azizah tiada dalam senarai calon PKR di negeri berkenaan.

“Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah buat kenyataan crystal clear yang sangat jelas bahawa Presiden tidak akan bertanding,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Jumaat.

Perkara itu sekali gus menolak kenyataan anak Wan Azizah sendiri yang juga Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang tidak mempercayai bahawa ibunya itu tidak akan bertanding. 
Dilaporkan bahawa Nurul menolak laporan berita yang memetik kenyataan bapanya sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemubual secara langsung dengan stesyen televisyen Al-Jazeera pada Rabu mengenai kedudukan Wan Azizah pada PRU akan datang. 
Mengulas lanjut Mohamed Azmin berkata, parti itu lebih memerlukan khidmat Wan Azizah terutama dalam menyertai kempen di seluruh negara bagi mencapai matlamat yang lebih besar iaitu untuk menuju Putrajaya 
. 
“Presiden mempunyai pengaruh yang kuat terutama di kalangan wanita. Parti secara keseluruhannya memerlukan beliau dalam konteks yang lebih besar. 
“Jadi mengapa kita perlu sekat Presiden hanya di satu kerusi DUN (Dewan Undangan Negeri) sahaja sedangkan semua pihak di seluruh negara perlukannya?,” katanya. 
Sebelum ini Wan Azizah mengakui sedang meneliti secara serius untuk bertanding di salah satu kerusi DUN di Selangor pada PRU akan datang. -KLxpress

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1400