Quantcast
Channel: Penggempur Mutiara
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1400

Kah.. Kah.. Kah... Selepas Penemuan Minyak Ron95 dan Ron97 Di Dalam Telaga, Telaga Minyak Masak Pula Ditemui Di Kelantan?!!!

$
0
0

Hebat betul Kelantan ketika berada di bawah kuasa ulama selipar PAS. Syafaat yang dibawa berterusan memakmurkan Kelantan agaknya?

Jom kita baca artikel dari sahabat blogger Pisau.net ini;

NGO R sebelum ini mendedahkan penemuan minyak Ron 97 dan Ron95 didalam telaga sebuah rumah di berlaku di kawasan DUN Pasir Pekan kawasan Menteri Besar Kelantan yang baru Mohammad Yaakop. Ini semua bertitik tolak untuk menghapuskan pengaruh keramat N. Aziz yang berjaya mempengaruhi rakyat Kelantan apabila berjaya menyalurkan air kopi dan teh tarik melalui pili air ke setiap rumah. 
N.Aziz diam khabarnya sejak tidak menjadi menteri besar pengaruh keramat dan kewalian beliau pasti akan tergugat. Adakah selepas ini akan muncul kegemparan di Pulau Melaka minyak masak pula ditemui ditelaga belakang rumah seorang penduduk semata mata mahu menyelamatkan kewalian NAziz.Sebelum ini khabarnya Husam pun pernah mendakwa di bawah Putrajaya terdapat telaga minyak semasa kempen PRU13. 
Puak khawarij di Kelantan cukup senang dipengaruhi. Bayangkan jika N.Aziz kata kambing boleh terbang pun puak ini akan percaya apatah lagi dengan penemuan minyak petrol bertapis dan minyak masak. 
Kesimpulannya korang dah mula boleh faham kenapa puak khawarij boleh berguling diatas jalan raya,angkat Anwar jadi pemimpin,Sayangkan Guan Eng walau nama Allah dihina.Ini semua hasil kejayaan apabila hati berjaya dihitamkan. 
 
Pisau kata ‘ untung rakyat Kelantan…nak minyak ambik belakang rumah jer”
Sebelum admin mengakhiri artikel ini, admin hadiahkan klip ini untuk tontonan dan halwa telinga penyokong tegar golongan yang mempercayai apa sahaja cakap- cakap kosong Nik Aziz.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 1400