Pendedahan yang dilakukan oleh Pengerusi UMB berhubung tindakan biadap pengarang The Malaysian Insider yang memanipulasi artikel yang diterbitkannya memang seharusnya diambil tindakan tegas untuk dijadikan pengajaran sepertimana tindakan yang dilakukan Anwar Ibrahim terhadap blogger naungan Nadi Rakyat atas alasan memberi pengajaran.
Selaku portal berita yang diagung- agungkan pengikut Pakatan Rakyat, seharusnya editor portal tersebut mengambil langkah tertentu bagi memastikan etika kewartawanan terus diaplikasikan mereka.
Ikuti pendedahan yang dilakukan Tun Faisal ini;
Psyche pemberita dan editor portal pro-pembangkang seperti Malaysiakini dan The Malaysian Insider (TMI) memang mudah dibaca. Mereka akan cuba mengambil kesempatan ke atas sebarang isu melibatkan Barisan Nasional (BN) dan dalam keadaan tertentu, out of desperation, mereka akan melakukan manipulasi dan spin yang melampaui batas.Saya ucapkan terima kasih kerana TMI memberi perhatian terhadap tulisan saya. Memang itu yang saya harapkan. Tetapi, apakah TMI tidak boleh berpegang kepada etika kewartawanan apabila memetik butiran yang hendak saya sampaikan melalui artikel saya? Apakah memang menjadi amalan TMI untuk mereka-reka cerita dalam laporan mereka?Penulis berita, Md Izwan mungkin seorang wartawan mentah yang mempunyai penguasaan bahasa Melayu yang lemah, tetapi, tidak mungkin TMI tidak mempunyai editor yang boleh mengesahkan berita dan membetulkan kefahaman pemberita di bawah jagaannya?TMI cuai dan gagal mengesan fakta - ayat pertama pun dah salahSilalah bertanya kepada mana-mana pengarang yang hebat. Ayat pertama paling penting bagi mereka sebelum menulis berita. Mereka akan mengambil masa yang agak lama untuk merangka ayat yang pertama sebelum mula menulis berita mereka. Malangnya, wartawan TMI ini masih mentah dan editor yang sepatutnya membimbingnya tidak teliti dan tidak menyemak hasil kerjanya.Akibatnya, ayat pertama berita ini bukan sahaja salah dari segi fakta, tetapi turut menyeleweng dari segi maksud berbanding maksud artikel asal. Ini ayat pertama berita yang disiarkan oleh TMI -
Berdasarkan artikel beliau di atas, beliau ada menyatakan cadangan daripada sahabat blogger 1peluru supaya tindakan mahkamah diambil bagi memberikan pengajaran kepada portal itu.
Sehubungan itu, admin amat menyokong sekiranya Tun Faisal dapat mempertimbangkan untuk tindakan yang sama sepertimana yang dicadangkan blogger 1peluru.