Quantcast
Channel: Penggempur Mutiara
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1400

Mati #Blackout #505 Syahid : Ulama PAS Serlahkan Sifat Assobiyah?!!!

$
0
0
Ulama PAS sekali lagi dilihat seakan- akan teragak- agak untuk mengulas berhubung dakwaan oleh Husam Musa bahawa sekiranya peserta yang menghadiri himpunan haram Blackout 505 mati, maka kematian itu berkemungkinan syahid.

Semalam admin ada mengulas berhubung perkara tersebut dan kemungkinan berlakunya rusuhan atau sesuatu yang lebih besar dan merosakkan sedang direncanakan Pakatan Rakyat (KLIK SINI).

Namun polemik itu sekali lagi mengganggu fikiran admin hari ini apabila beberapa individu yang digelarkan sebagai ulama dari parti PAS enggan mengulas secara jelas berhubung isu itu sebaik ditanya oleh wartawan.


Admin sekadar mahu bertanya, adakah ulasan yang diberikan tidak dilakukan dengan sejelas mungkin kerana ia melibatkan Husam Musa?

Admin percaya, sekiranya isu yang sama melibatkan orang UMNO, maka mereka tanpa berselindung pasti akan menghentam semahunya dengan disertakan nas- nas yang perlu untuk menunjukkan kononnya merekalah sahaja penegak agama islam. Tidak cukup dengan itu, pastinya di setiap siri ceramah, maki hamun akan turut diselitkan untuk menunjukkan betapa bertegasnya mereka memelihara agama islam.

Dengan tindakan sebegitu, admin yakin ia menyerlahkan lagi sikap asabiyah yang dimiliki PAS dan sekutunya.

Seharusnya, setiap kenyataan yang dikeluarkan rakan parti juga diteliti dengan sedalamnya dan diulas secara adil tanpa mengira siapa yang diulas.

Sementara itu, Ustaz Fathul Bari dilihat kurang senang dengan dakwaan yang dikeluarkan Husam Musa itu. Ikuti luahannya;



Viewing all articles
Browse latest Browse all 1400