Berdasarkan footage video yang admin perolehi daripada laman blog AAKJ seperti di bawah, admin dengan segala usaha cuba untuk mengenalpasti wajah sipelaku yang cuba mencederakan kakitangan DBKL.
Namun, pencarian admin seakan terhenti disitu apabila gambaran penuh si pelaku hanya samar- samar jika dilakukan screenshot.
Lihat sahaja screenshot yang admin lakukan pada footage video di atas;
![]() |
Pelaku sebenar |
![]() |
Pelaku sebenar |
Disebabkan kurang berpuas hati dengan screenshot yang diperolehi, admin terus menggali sumber video dan gambar yang boleh diperolehi dengan hanya melayari internet.
Sesungguhnya tindakan admin tidak sedikit tersia apabila admin berjaya menemui sebuah lagi rakaman berhubung kejadian itu di laman mikro Youtube.
Tonton di bawah;
Berdasarkan video di atas, admin agak berpuas hati kerana berdasarkan pengamatan admin, berkemungkinan wajah pelaku sebenar bakal dapat admin perolehi dengan lebih jelas.
Sebaik menonton footage video kedua, admin dapat perhatikan seorang pemuda yang turut berpakaian hampir sama dengan sipelaku pada video pertama.
Berikut adalah gambarnya;
![]() |
Susuk tubuh dan cara berpakaian hampir sama dengan suspek |
![]() |
Susuk tubuh dan cara berpakaian hampir sama dengan suspek |
Mungkinkah individu di atas adalah pelaku yang sama? PDRM harus bertindak segera sekiranya ia adalah orang yang sama.
Admin bukan mahu menuduh, sebaliknya adakah secara kebetulan pakaian mereka hampir sama? Malahan kedua video di atas dirakam di lokasi yang sama.