Kerajaan negeri Selangor hari ini mengakui tidak mempunyai rancangan khusus bagi membasmi kemiskinan rakyat.
Namun, kata Exco Pekerja Ladang, Kemiskinan, Kerajaan Prihatin Selangor, V Ganabatirau rombakan secara besar-besaran telah dijalankankan bagi menagani masalah itu.
"Dalam masa yang terdekat, masih tidak ada rancangan yang khusus, tetapi kita sudah berbincang dan akan berlaku seperti apa yang telah saya katakan dan (perlu) rombakan besar-besaran.
"Kita ada sasaran'kemiskinan sifar, tetapi hasrat kerajaan negeri untuk rakyatnya melepasi paras garis kemiskinan iaitu lebih RM1,500 blueprint yang telah ditetapkan telah dirangka pada 2004.
"Ia perlu dikaji semula dengan keadaan semasa untuk memberi manfaat yang lebih besar dan sesuai dengan keadaan semasa," katanya semasa menjawab soalan Azmin Ali (Bukit Antarabangsa-PKR) pada sesi soal jawab di sidang DUN Selangor di sini hari ini.
Menurut Ganabatirau yang juga adalah ADUN Kota Alam Shah, paras garis kemiskinan yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri meliputi mereka yang berpendapatan di bawah RM1,500 dan memerlukan bantuan.
Katanya, kerajaan negeri tidak mengamalkan sikap pilih bulu dalam usaha membela nasib golongan miskin itu.
"Syarat permohonan untuk menerima bantuan ialah gaji di bawah RM 1,500, pemastautin tetap negeri Selangor dan juga yang telah memulakan perniagaan," katanya.
Mengikut perangkaan, anggaran peratus penerima bantuan daripada kerajaan negeri megikut pecahan kaum membabitkan kaum Melayu 89.9 peratus, India 8.3 peratus dan Cina 1.8 peratus. ~Antarapos