Quantcast
Channel: Penggempur Mutiara
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1400

6 Lelaki Rogol Pelancong Dipenjara Seumur Hidup

$
0
0

NEW DELHI 21 Julai - Sebuah mahkamah di sini menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap enam lelaki kerana terlibat dengan kes rogol seorang pelancong dari Swiss awal tahun ini.

Seorang wanita berusia 39 tahun dan teman lelakinya diserang sebelum dirogol berhampiran sebuah kampung daerah Datia, negeri Madhya Pradesh pada 15 Mac lalu.

"Hukuman maksimum di bawah kesalahan-kesalahan ini ialah penjara seumur hidup," kata pegawai pendakwaraya, Rajendra Tiwari.

Dalam pada itu, seorang pesara kerajaan berusia 62 tahun di negeri Rajasthan ditahan semalam selepas lima anak perempuannya yang sudah berkahwin mendakwa menjadi mangsa rogolnya.

Dalam laporan 11 halaman yang dibuat mereka, dua daripada lima wanita itu menyatakan bapa mereka, Babu Lal Dhakar, bekas penyelia di jabatan pertanian negeri merogol mereka berulang kali kali sebelum mereka berkahwin.

Kejadian berlaku sebaik mereka memasuki sekolah menengah dan berterusan hingga mereka meninggalkan rumah bapa mereka di kampung Bayana, 150 kilometer dari Jaipur, ibu negeri Rajashtan.

Menurut polis, isteri Dhakar, Shakuntala yang mengetahui perbuatan suaminya turut ditahan atas tuduhan bersubahat

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1400