Quantcast
Channel: Penggempur Mutiara
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1400

Gempar!!! Blogger Amenoworld DIBOGEL Didalam Bilik Persalinan!!!?

$
0
0

Sejak dari tersebarnya isu kontroversi berhubung kononnya pelajar bukan islam hanya dibenarkan makan didalam tandas sekolah sepanjang bulan Ramadhan ketika waktu rehat, telefon admin tidak henti- henti berdering.

Sahabat- sahabat admin, cuba memperoleh kepastian berhubung kebenaran berita yang dilaporkan blog pembangkang itu.

Tidak cukup dengan itu, terdapat juga beberapa sahabat dikalangan pro MCA dan GERAKAN Pulau Pinang yang cuba menjadi hero, secara terus meletakkan kesalahan itu dibahu UMNO kerana menteri bagi kementerian pendidikan adalah dari UMNO.

Pada pandangan admin, seharusnya sikap menuding jari mencari kesalahan seperti ini tidak dijadikan amalan. Sewajarnya, selaku parti yang bernaung di bawah panji Barisan Nasional, mereka turut sama berfikir untuk menyelesaikan permasalahan tersebut, sekalipun menteri yang mewakili kementerian itu adalah dari umno.

Sehubungan itu, admin sertakan artikel daripada blog Mazidulakmal.com untuk memberikan gambaran yang jelas berhuhung isu yang cuba dicetuskan ini;

Blog Amenoworld di entri terkini memaparkan dakwaan KONONNYA pelajar bukan Islam, berketurunan India dan Cina makan di dalam BILIK AIR.   
Berita itu kini tersebar secara meluas  di media sosial.


Saya ingin  MEMPERBETULKAN  dakwaan itu agar tidak berterusan menjadi FITNAH. 
Sumber daripada pihak bertanggungjawab memaklumkan  kepada  saya kira-kira 30 minit tadi. 
"Gambar dirakamkan oleh keluarga pelajar itu  kini tersebar di internet BUKAN bilik air tetapi BILIK PERSALINAN  telah dinaiktaraf oleh pihak sekolah. Bilik sama dilengkapkan dengan dua  meja serta beberapa  sinki untuk  memudahkan pelajar bukan beragama Islam membasuh tangan mereka," ujar sumber.

 

"Mengapakah mereka tidak makan di kantin?," soal saya. 
"Kantin sekolah ditutup sejak hari pertama bulan Ramadan kerana kerja menggantikan pintu kayu dengan pintu  kaca. Pihak pengurusan sekolah bimbang jika dalam proses pembinaan itu, mungkin pelajar menggunakan kantin akan tercedera," jawabnya. 
Gambar dipaparkan oleh blogger pro pembangkang itu seharusnya diteliti dan disiasat kesahihannya. Jika benar pelajar makan di  bilik air, mengapakah perakam  tidak memuatkan gambar mangkuk tandas? Bukankah gambar sebegitu LEBIH tragis sekaligus menjahanamkan imej sekolah majoriti tenaga pengajarnya berbangsa Melayu? 
Saya difahamkan, selain pelajar Melayu,  Sekolah Rendah  Kebangsaan, SRK Seri Pristana, mempunyai 23 pelajar berketurunan India dan 3 Cina. Sekolah terbabit terletak berhampiran Penjara Sungai Buloh, Selangor. 
 
 

 
"Boleh tolong hantarkan kepada saya gambar BILIK AIR sekolah itu," pinta saya. 
Sebaik gambar dipinta dihantarkan kepada saya, In Sha Allah, bakal saya kongsikan bersama semua pembaca. 
Kes ini telah saya maklumkan kepada kakitangan Pejabat Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia dan diketahui oleh Pengarah Pendidikan Selangor. 
Bukankah molek JIKA  blogger Amenoworld terlebih dahulu  mendapatkan penjelasan daripada pihak terbabit. Alhamdulillah,  saya telah menghubungi pihak berkaitan sebelum memaparkan entri ini. 
Bilik air dan bilik persalinan, berbeza.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 1400