Quantcast
Channel: Penggempur Mutiara
Viewing all 1400 articles
Browse latest View live

Menyedihkan... Lagi Video @NajibRazak Dimalukan Ketika Sambutan #CNY Semalam...

$
0
0

Semalam, rata- rata blog pro pembangkang yang admin kunjungi memperkatakan tentang DS Najib dimalukan apabila pertanyaan ikhlasnya disambut dengan reaksi yang tidak dijangkakan rakyat Pulau Pinang.

Untuk meyakinkan pembaca blog masing- masing mereka turut menyertakan sebuah klip video untuk dijadikan bukti.

Pada pengamatan admin, blog yang pertama sekali menyiarkan isu berkenaan adalah www.rindok.com (KLIK SINI). Mungkinkah admin blog tersebut lebih pro pakatan? Wallahualam.

Sebagai jawapan balas, admin tindak mahu untuk menyalahkan sepenuhnya entri yang dikeluarkan blog tersebut. Mungkin kedudukan lokasinya ketika merakamkan peristiwa tersebut dikelilingi oleh orang yang juga pro pakatan, maka disebabkan itu laungan "yes" hadirin yang lain tenggelam disebabkan orang disekelilingnya memekik "no".

Ketika pertanyaan itu diajukan, admin berada benar- benar bersebelahan dengan jurukamera dari portal warta rakyat. Malahan penelitian semula yang dilakukan (tanpa sebarang editan), ini adalah hasil yang dapat admin kongsikan bersama pembaca;




Berdasarkan video di atas, jelas menunjukkan bahawa kebanyakan hadirin yang menjawab "yes", dan ada juga yang menjawab sebaliknya, (minit 1:57).

Sememangnya majlis itu turut dihadiri penyokong tegar Pakatan Rakyat sebagaimana yang admin dedahkan sebelumnya (KLIK SINI). Maka tidak hairanlah sekiranya ini berlaku.

Mereka juga menuduh TV3 mengedit semula video tersebut sebelum dipaparkan kepada penonton, persoalannya sekarang, apakah mungkin video yang memaparkan kebanyakan hadirin mengungkapkan perkataan "no" itu sebenarnya diedit?

Video di atas juga membuktikan bahawa lokasi rakaman dibuat turut memainkan peranan yang penting untuk memberikan maklumat yang telus kepada pembaca.

Namun begitu, disebalik semua ini, terbukti Pakatan Rakyat akan melakukan segalanya bagi memesongkan perhatian rakyat terhadap kebaikan yang cuba dilakukan Kerajaan Barisan Nasional.

Bagi yang mahu dan berhajat untuk mengetahui sikap dan perangai buruk pemimpin Pakatan Rakyat, tonton klip yang disediakan sahabat blogger MyMassa ini;



Awas Wanita : Perangkap "Doktor Gersang" Di Hospital!!!

$
0
0




KUALA TERENGGANU - ‘Mat Gersang’ kembali lagi. Jika dahulu kecoh dengan kes lelaki menyamar sebagai doktor yang bertindak menghubungi pesakit wanita dan meminta melakukan aksi lucah, kes yang sama dilaporkan berulang kembali.

Terbaru, menggunakan modus operandi yang sama, seorang lelaki yang menyamar sebagai doktor di sebuah hospital, bertindak menelefon mangsanya bagi melakukan aksi lucah, minggu lalu.

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan) Dr Mohamad Omar berkata, kejadian terbaru dikesan minggu lalu, membabitkan seorang wanita hamil berusia 30-an.

“Berdasarkan maklumat yang kita terima, lelaki terbabit bertanyakan tentang kesihatan pesakit, sebelum memintanya melakukan beberapa aksi lucah, termasuk membuka baju, dengan alasan ia sebahagian daripada proses rawatan selepas mendapat kepercayaan mangsa.

“Wanita itu pada mulanya tidak mengesyaki apa-apa, akur dengan arahan lelaki terbabit memandangkan semua maklumat yang diberikan oleh lelaki berkenaan, tepat.

“Lelaki terbabit meminta mangsa melakukan beberapa aksi lucah, dipercayai bagi memuaskan nafsunya dengan mendengar suara mangsa ketika melakukan aksi yang diminta. Bagaimanapun, mangsa kemudiannya menyedari dirinya telah ditipu, sebelum melaporkan kejadian itu kepada pihak hospital untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Jelas Dr Mohamad, kejadian sama pernah beberapa kali berlaku sebelum ini dan terakhir pernah dilaporkan, pada 2011.

Katanya, lelaki terbabit menyasarkan wanita mengandung sebagai mangsa dan menggunakan modus operandi dengan melakukan rawatan melalui panggilan telefon sahaja.

Menurut Dr Mohamad, cara memaklumkan mengenai keadaan pesakit dan melakukan rawatan melalui telefon bukanlah amalan doktor atau pegawai perubatan kerajaan, kecuali dalam kes-kes yang melibatkan kecemasan serta memerlukan tindakan segera.

Justeru, katanya, pesakit diminta berwaspada jika mendapat panggilan yang mencurigakan dan memaklumkan kepada hospital serta membuat laporan polis.

“Doktor atau kakitangan kesihatan tidak akan sesekali menyuruh pesakit membuat perbuatan lucah, apatah lagi membuat rawatan melalui panggilan telefon. Jika rasa curiga dan tertipu, maklumkan kepada kita dan pihak berkuasa.

“Berkuat kuasa serta-merta, kita telah mengeluarkan arahan agar maklumat pesakit tidak didedahkan kepada mana-mana pihak, kecuali doktor dan pihak pengurusan hospital, sebagai langkah berwaspada,” katanya. -SH

Gambar Zain Saidin "Ehem.. Ehem..." Dengan Rozita Che Wan Di Luar Negara?!!!

$
0
0

Pelakon Zain Saidin dan kekasih hatinya Rozita Che Wan telah menghabiskan cuti di Universal Studio, Singapura. Percutian itu juga disertai oleh anak Rozita hasil perkahwinannya yang terdahulu.

Sebelum ini kecoh jugak la bila Zain Saidin meluahkan rasa cintanya kepada Rozita Che Wan di Twitter. Bermacam versi kisah gosip dan kata orang telah didengari. Akhirnya Zain Saidin mengakui mahu berkahwin dengan Rozita Che Wan dan merancang majlis nikah pada hujung tahun ini.




Jika melihat dari gambar mesra ini, nampaknya Zain tidak ada masalah dengan anak bujang Che Ta. Jadi harap-harap rancangan untuk bernikah menjadi kenyataan.

Bekas Isteri Chef Rizz Nyaris Maut Kemalangan

$
0
0

KUALA LUMPUR - Pelakon popular, Ana Dahlia nyaris maut apabila kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan di Jalan Genting Klang di sini, awal pagi tadi.

Ketika kejadian kira-kira jam 1 pagi, sebuah kereta Proton Iswara yang dari arah pusat bandar menghala ke Gombak, dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh sebuah van dan kereta Toyota Vios, yang dipandu oleh pelakon itu.

Ana Dahlia, 29, berkata, dia memandu seorang diri dalam perjalanan dari arah Genting Klang menghala ke rumahnya di Kuala Lumpur.

“Saya nampak kereta Proton Iswara dari arah bertentangan terbabas dan merempuh van di hadapan lalu melanggar kereta yang dipandu saya.

"Akibat rempuhan itu kereta saya berpusing beberapa kali, sebelum terbabas ke pembahagi jalan," katanya.

*Menurut Ana Dahli, atau nama sebenarnya Diyana Mastura Jaafar, beliau menggigil ketakutan dan terkejut akibat kejadian itu.

“Saya hanya mampu ingat ALLAH dan berharap tidak berlaku kejadian buruk. Rempuhan itu mengakibatkan kereta saya remuk, namun saya bersyukur kerana selamat,” katanya.

Ana Dahlia berkata, beliau menerima rawatan di hospital berhampiran akibat cedera di kening dan tulang rusuk retak.

“Saya perlu jalani penggambaran telemovie atas dasar tanggungjawab walaupun dalam keadaan sakit.

“Terima kasih kepada orang ramai yang menghulurkan bantuan ketika kejadian,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning mengesahkan kejadian itu.

“Difahamkan, seorang lelaki berusia 29 tahun yang memandu kereta Proton Iswara cedera parah dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta pengangkutan Jalan 1987. -SH

Gempar!!! PSY Janji Akan Kembali Ke Malaysia Bagi Menjayakan Program DAP Pula Selepas Ini?!!!

$
0
0

GEORGE TOWN: Penyanyi Park Jae-Sang atau Psy yang popular dengan lagu "Gangnam Style" berjanji akan kembali ke Malaysia untuk bertemu para peminatnya di negara ini.

Psy berkata, perancangan itu dibuat bagi mempromosikan single terbarunya akan dilancarkan pada bulan April depan.

"Lagu terbaru saya akan dilancarkan pada April depan dan saya berjanji akan kembali lagi ke Malaysia," ujarnya.

Bagaimanapun, para peminat penyanyi yang mencetuskan fenomena di seluruh dunia itu bakal kembali ke Malaysia untuk menjayakan Future Music Festival Asia 2013 (FMFA) di Litar Antarabangsa Sepang pada 16 Mac ini.

Sebelum itu, Psy telah memukau hampir 50,000 ribu pengunjung yang hadir pada sambutan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Sekolah Tinggi Han Chiang di sini pada pagi Isnin dengan lagu popularnya itu.

Pengunjung yang tiba di lokasi berkenaan seawal pukul 5 pagi teruja apabila Psy membuat kemunculan pada pukul 12.15 tengah hari diiringi 12 penarinya.

Persembahan lagu Gangnam Style telah memukau hampir 100,000 pengunjung yang hadir pada sambutan rumah terbuka Tahun Baru Cina yang diadakan di Pulau Pinang pada Isnin.

Psy menyampaikan lagu "Gangnam Style" itu sebanyak dua kali khas buat peminat di Malaysia.

"Terima kasih Malaysia kerana menjemput saya. Saya terbang selama 20 jam dari Brazil untuk berada di sini dan saya tidak akan berganjak hanya selepas empat minit.

"Bersempena Tahun Baru Cina, saya akan menyanyikan lagu itu sekali lagi," ujarnya.

Tampil dengan baju berwarna putih, seluar hitam dan cermin mata hitam yang menjadi gayanya, Psy juga memberitahu beliau terharu dengan kehadiran masyarakat Malaysia pada persembahan itu.

Pengunjung yang hadir dilihat turut menyanyi dan menari bersama Psy sepanjang persembahan selama 15 minit itu.

Turut menyertai Psy pada persembahan itu adalah juara Asian Wave 2012, Shila Amzah yang tampil menyanyikan dua buah lagu berbahasa Mandarin.

Persembahan beliau turut disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Sementara itu, Psy turut dilaporkan telah menghabiskan masa di restoran Daorae Korean BBQ di Jalan Tanjung Tokong sebelum berangkat pulang dengan jet peribadi pada pukul 8 malam. -Mstar

P/s : DAP nak jemput PSY pulak ke lepas BN?

Si Bangsat Mahu MOHON KEMAAFAN Raja Permaisuri Agong

$
0
0

Berdasarkan maklumat yang baru disampaikan kepada admin oleh salah seorang sahabat, lelaki yang didakwa menghina Raja Permaisuri Agong dua hari lepas dengan menunjukkan isyarat lucah kini berhajat untuk memohon maaf secara terbuka kepada baginda.

Sungguhpun begitu, difahamkan permohonan maaf hanya melibatkan Raja Permaisuri Agong dan bukannya terhadap bangsa melayu walaupun beliau ada menyatakan bahawa Pulau Pinang adalah hak mutlak bangsa cina sahaja ketika cuba ditangkap polis

Masihkah kita ingat dengan insiden yang hampir sama seperti yang dipaparkan dibawah ini?



Ong Sin Yee, 19 tahun, budak perempuan Cina yang telah memijak gambar Perdana Menteri pada malam Ambang Kemerdekaan di Dataran Merdeka, telah membuat permohonan maaf secara terbuka dalam satu sidang media yang sudah tentulah didalangi oleh DAP. Menurutnya, tindakannya itu didorong oleh pengaruh persekitaran dan terikut-ikut. 
Amat mudah anak Cina itu meminta maaf dan mengharapkan, tiada sebarang tindakan dilakukan ke atasnya! 
Dan barangkali juga, pihak berkuasa juga akan memaafkannya lantas menggugurkan segala dakwaan ke atasnya atas desakan DAP dan Pakatan Rakyat yang kononnya masa hadapan Ong Sin Yee. Bukankah pihak berkuasa di Malaysia, amat mudah lembut hati dalam hal-hal yang melibatkan golongan bukan Melayu-Bumiputera sebagaimana dalam kes penghinaan terhadap Sahabat-Sahabat Nabi s.a.w yang dilukis secara satira oleh dua orang guru tiusyen di Johor dua bulan lepas. 
Berbanding nasib yang menimpa Muhammad Ammar yang bukan sahaja kehilangan peluang untuk meneruskan pengajiannya di Kolej Cybernatic, Ong Sin Yee mendapat pembelaan daripada DAP dan Pakatan Rakyat dengan sidang media yang khusus untuk menarik simpati dan sokongan.

Taktik sebegini sebenarnya telah diamalkan oleh puak-puak berkenaan semenjak lama dahulu. Ambil sahaja contoh Tragedi 13 Mei 1969, sehingga sekarang tiada sebarang tindakan diambil terhadap golongan yang telah mencetuskan, sekaligus membunuh ribuan orang tidak berdosa. Malah, sebahagian besar daripada mereka, masih lagi menjadi pemimpin politik yang terus mengamalkan dasar pemecahan kaum yang amat ekstrem dengan sokongan berterusan terhadap sekolah-sekolah vernakular yang menjadi lambang kepada ketegaran puak-puak tersebut untuk kekal dalam kelompok tersendiri.

Sudah sampai masanya, kerajaan bertindak tegas terhadap golongan ini. Kaedah memanjakan seperti yang diamalkan sekarang, tidak akan menyedarkan mana-mana pihak tentang peri pentingnya kehidupan bernegara. Sekarang ini pun, bukan sedikit golongan muda yang beranggapan, mereka sudah berada dalam zon selamat yang membolehkan mereka berbuat apa-apa sahaja, walaupun tindakan mereka hanya akan mendatangkan keburukan yang lebih besar kepada negara. 
Setakat tangkap, tahan dan kemudian bebaskan tanpa sebarang pertuduhan, ia hanya akan menambahkan lagi kesan lawak di hati rakyat. Kebimbangan tentang ketiadaan undi dari bukan Melayu, seharusnya tidak mendahului undang-undang negara yang perlu dilaksanakan dan diperkemaskan pada sepanjang masa.

Bab minta maaf itu, boleh diterima tetapi selepas minta maaf, remaja Cina itu perlu menerima kesan daripada perbuatannya agar menjadi contoh teladan kepada orang lain! 
Minta maaf dan tindakan ke atasnya adalah dua perkara yang berbeza sama sekali…
-Kedahan69ers 

Kali ini, penganut tegar DAP sekali lagi cuba untuk menggunapakai skrip yang hampir sama bagi melepaskan anak bangsanya biarpun berkelakuan biadap terhadap pembesar negara. (KLIK SINI)

Sejujurnya, admin merasakan bahawa kerajaan telah terlalu banyak berlembut dengan manusia bangsat seperti ini. Admin sendiri sebelum ini pernah menyuarakan pendapat peribadi berhubung perkara- perkara seperti ini (KLIK SINI).

Adakah kita masih akan terus berlembut dan membiarkan mereka ini terus merekrut ahli baru untuk terus menampilkan kebiadapan mereka?

Sudah, cukup- cukup sudah.... Cukup sampai di sini rasanya sikap berlembut yang kita ada...

(Video Panas) Beach Party Anjuran DAP Bersama Tajaan RM3 Juta Dari Syarikat Arak?!!!

$
0
0
Hiasan Semata

Dua hari lepas Barisan Nasional (BN) berjaya mengumpulkan hampir 100,000 orang pengunjung ke majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina di Pulau Pinang.

Ia terbuka dan bukan untuk ahli parti itu semata-mata. Pelbagai juadah telah dihidangkan, semuanya makanan dan minuman HALAL bagi membolehkan semua lapisan rakyat meraikannya bersama-sama dalam semangat 1Malaysia.

Bagi memeriahkan acara, sebuah badan korporat, Mega Ultimate telah memaklumkan pada penganjur bahawa mereka mahu membawa penghibur terkenal dari Korea, Psy, untuk memeriahkan sambutan tersebut.

Apatah lagi bila fenomena Gangnam Style cukup hebat melanda penggemar muzik di seluruh dunia termasuk di Malaysia.

Kalau tak masakkan DAP melancarkan sebuah klip video parodi lagu itu dalam satu majlis besar-besaran di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tajuk lagu Gangnam Style itu diubah menjadi Ubah Roket Style…majlis pelancaran video parodi itu boleh diikuti DI SINI

Di sini menunjukkan yang DAP juga peminat tegar Psy dan lagu Gangnam Style itu, sebab itu mereka memilih lagu berkenaan untuk diubah dan dijadikan alat untuk memancing pengundi mereka.

Alih-alih bila Psy membuat persembahan semalam, mereka pula yang meroyan tak tentu pasal.

Sepatutnya mereka malu sendiri kerana merekalah parti politik pertama yang memulakan polemik Psy ini.

Mereka sepatutnya berterima kasih pada Psy kerana sekurang-kurangnya penyanyi berkenaan tidak mengambil tindakan mahkamah kerana mereka telah melanggar hak cipta penyanyi itu dengan ‘mencedok dan mengubah’ lagu tersebut sesuka hati mak bapa mereka!

Berbalik kepada isu berkenaan, DAP jangan lupa yang perangai mereka lebih teruk dan lebih jijik kerana menganjurkan program bersama dengan sebuah syarikat arak untuk mengadakan konsert di Batu Feringghi pada November lalu.
DSC03918
Where-the-party-2012-09-480x320
Where-the-party-2012-15-480x320
Where-the-party-2012-20-480x320
Where-the-party-2012-18-480x320


Akhbar Sinar Harian dalam artikelnya bertarikh 11 November ada butirannya.

Berikut adalah petikan daripada artikel berkenaan;

Konsert ada kelulusan MPPP
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: November 11, 2012
 33

Eh…lupa dalam konsert arak di Batu Feringghi itu, lagu Gangnam Style pun ada tau…meh kita tengok jap…



Dari segi matematik, ia cukup mudah.

Persembahan Psy di rumah terbuka Tahun Baru Cina semalam adalah SALAH kerana ia anjuran Barisan Nasional.

Tetapi konsert arak di Batu Feringghi TAK SALAH kerana ia program kerajaan DAP.

Itu saja, checkmate! -MyNewsHub

Al Fatihah : Ibu Catriona Ross Maut Kenderaan Dinaiki Bertembung Bas

$
0
0

SHAH ALAM: Ibu kepada pelakon Catriona Ross iaitu Siti Zawiyah Ab Rahman meninggal dunia apabila kereta yang dinaikinya dipercayai terbabit dengan kemalangan jalan raya melibatkan sebuah bas di Gerik, Perak awal pagi tadi.

Catriona atau nama sebenarnya Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross, 33, berkata, dia amat sedih dengan kejadian itu dan akan sentiasa merindui Allahyarham.

"Pemergian seorang ibu tidak akan ada galang gantinya. Walaupun pemergian Allahyarham kerana nahas jalan raya tetapi arwah kelihatan seperti insan yang lena dibuai mimpi. Saya akan sentiasa merinduinya," katanya seperti dipetik dalam laman sosial Facebook miliknya hari ini.

Catriona turut meminta semua umat Islam agar menghadiahkan Al-Fatihah kepada roh ibunya itu.

Dalam status Facebook miliknya itu juga Catriona turut memaklumkan jenazah ibunya dikebumikan di kampung halamannya di Kota Bharu, Kelantan hari ini. -AntaraPos

Azizan Tidak Ikhlas : Tuntut Pampasan RM100 Juta Sebagai Syarat Henti Pembalakan

$
0
0

ALOR SETAR - Kerajaan Negeri Kedah meminta kerajaan persekutuan membayar pampasan sebanyak RM100 juta sekiranya mahu penebangan balak di negeri itu tidak dilakukan.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, pampasan itu sebenarnya pernah dijanjikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad semasa beliau menjadi Perdana Menteri, namun tidak pernah ditunaikan hingga kini.

"Kalau bising sangat (mengenai penebangan balak), bayar kami RM100 juta... hutan hak Kedah...lagipun tak tebang kawasan tadahan air, kawasan hutan simpan saja tebang," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata perjanjian oleh Dr Mahathir itu hanya dibuat secara lisan manakala Menteri Besar Kedah sebelum ini tidak pernah menuntut janji berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Azizan sekali lagi menegaskan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah tidak akan dibubar selagi Perdana Menteri tidak membubarkan Dewan Rakyat.

"Saya takkan bubar, saya ada strategi. Saya tunggu isyarat pusat, tak boleh sesuka hati bubar," katanya dan menurutnya manifesto pilihan raya umum kerajaan negeri sudah siap.

Sementara itu, Azizan memberitahu tempoh lantikan Exco sedia ada akan berakhir 28 Februari ini dan upacara angkat sumpah dijangka diadakan pada 24 Februari ini, mengikut kelapangan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah. - Bernama

Empat Gambar Wanita Pengganti Almy Nadia Dalam Hidup Fizz Fairuz

$
0
0

Majlis pertunangan Fizz Fairuz telah berlangsung pada 10.2.2013 yang lalu. Ini gambar tunang Fizz yang bernama Azlyn Massiela Mohd Nazar.


Fiz Fairuz bersama tunang di majlis pertunangan mereka


Fizz Fairuz menyarungkan cincin tunang ke jari Azlyn 
 



Azlyn Massiela Mohd Nazar bakal isteri Fizz Fairuz.


Gambar dari https://www.facebook.com/amy.qaseh

Perancangan Terbaru : Cubaan Sabotaj Oleh DAP Buktikan BN Masih Kuat Di Pulau Pinang.

$
0
0

Sungguhpun dilihat berbangga dengan penyebaran video insiden 'NO' sejak beberapa hari lepas, DAP sebenarnya berada dalam keadaan seakan- akan cacing kepanasan apabila cuba menzahirkan bahawa tidak akan ada bendera BN bakal dibenarkan berkibar pada PRU13 nanti.


Sekalipun berlagak 'cool' dengan sambutan hangat terhadap program Sambutan Tahun Baru Cina di padang Sekolah Tinggi Han Chiang, sebenarnya hati mereka tidak tenang.


Tambah menyakitkan, harapan agar Anwar Ibrahim dapat melakukan 'damage control' pada majlisnya yang diadakan sehari selepas itu di Seberang Jaya dilihat tidak lebih sekadar memenuhi siri jelajah penipuan bersiri apabila sekadar mendapat kurang daripada 100 kehadiran penduduk setempat (KLIK SINI).

Dengan tindakan kurang matang seperti yang ditampilkan DAP ini, admin berani untuk mengatakan bahawa BN bakal menguasai semula Pulau Pinang sekiranya tiada budaya sabotaj dari dalam mahupun luar parti.

Sekiranya mahu diungkit tentang permit, rasanya kebanyakan kain rentang yang terpacak dimerata tempat bagi setiap program Pakatan Rakyat juga begitu. Adakah DAP akan meletakkan ketepi sikap 'double standard' mereka sekiranya perkara ini dapat admin buktikan?

Atau adakah DAP akan mengambil pendekatan tidak akan ada langsung bendera dari sebarang parti tidak kira dari pihak BN mahupun Pakatan Rakyat sekiranya dapat dibuktikan tentang sikap 'double standard' berhubung permit ini?

P/s : Masih berkuasakah pihak berkuasa tempatan selepas DUN dibubar? Admin pun tak pasti...

Maklumat Terkini Berhubung Insiden Sabah Diceroboh Kumpulan Bersenjata!!!

$
0
0
Kecekapan Pasukan Pertahanan Negara Sukar Dinafikan.

Semalam Negeri Di Bawah Bayu, Sabah dikejutkan dengan pencerobohan bersenjata yang dilakukan oleh sekumpulan pendatang asing yang dipercayai datang dari Filipina.

Untuk mengetahui keadaan terkini dilokasi kejadian, lihat kenyataan di bawah;





Alhamdulillah, semuanya sudah terkawal dengan kecekapan yang ditampilkan PDRM.

(VIDEO KELAKAR HABIS) Penangan Kehadiran PSY Ke Pulau Pinang, Gangnam Mamak Style...

Haron Din Dimaki Penjiat Tegar Pakatan Kerana Isu Kalmah Allah

$
0
0

SHAH ALAM: Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din sekali lagi menyuarakan tentangannya terhadap cadangan rakan komponen DAP untuk menterjemah perkataan 'God' kepada kalimah Allah dalam kitab Bible Kristian di Semenanjung.

Ini merupakan penegasan kali kedua dibuat oleh Haron selepas Majlis Syura Ulama PAS mengeluarkan ketetapan melarang kalimah Allah diterjemah pada 13 Januari lalu. 

Dalam ceramahnya di sebuah masjid di Taiping baru-baru ini, Haron berkata beliau menerima ugutan dan maki hamun daripada pihak-pihak tertentu bersabit pendiriannya yang menentang sikap ambil mudah sesetengah umat Islam mempertahankan kalimah Allah. 

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menyatakan bahawa Pakatan Rakyat berpegang kepada konsensus yang membenarkan orang Kristian menterjemah kalimah Allah asalkan ia tidak disalahgunakan.

Pengumuman tersebut dibuat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di hadapan veteran DAP Lim Kit Siang dan Anwar seminggu sebelum Majlis Syura Ulama yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengeluarkan kenyataan menyanggah pendirian Pakatan Rakyat.

"Ada kesannya kepada masyarakat? Umat Islam masih ada yang menyokong. Saya bertegas sikit, hantar SMS maki saya...tidak mengapa. Tapi macam mana kita boleh terima? Apa tujuannya orang Kristian dan terjemah God kepada Allah?

"Dulu masa tahun 2008, bila timbul isu ini saya panggil wartawan semua datang...saya bawa Bible dan Al-Quran pada ketika itu, saya tidak akan setuju kerana Allah yang orang Islam sembah, (adalah) Allah yang selama-lamanya.

Haron berkata belum pun kalimah Allah diterjemah dalam Bible, banyak kes murtad telah dicatatkan di negara ini.

Beliau mendakwa terdapat sesetengah pihak yang tidak berfikir panjang yang hanya ingin memenuhi tuntutan politik semata-mata.

"Kalau kita benar dan kita redha Allah diletakkan kepada God, bermakna kita rela Allah itu disyirikkan oleh manusia. Sebab itu saya mengambil kesempatan untuk menyeru sekali lagi, saya akan mempertahankan kalimah ini sehingga akhir hayat saya. Saya tidak redha Allah dikufurkan," tegas beliau. -Antarapos


Pada pandangan peribadi admin, untuk memastikan kalimah Allah terus terpelihara untuk umat islam, ikutlah seperti mana yang admin sarankan di bawah;


Pemimpin PKR Akui Pakatan Ibarat Hidapi Barah Peringkat Empat?!!!

$
0
0
Admin meminjam kata- kata daripada Che'gu Bard pada salah satu siri ceramahnya;

"UMNO/BN sekarang diibaratkan menghidap barah peringkat 4 apabila kita berduyun- duyun turun ke Himpunan Kebangkitan Rakyat pada 12 Januari lalu"

Persoalannya sekarang, parti manakah yang menghidapi barah peringkat empat dan sudah tidak ada peluang untuk sembuh?

Lihat sahaja petikan blog Che'gu Bard yang diterbitkannnya seperti di bawah;

Bersumberkan Mindef Dan Bukit Aman?



Sekalipun sudah terdesak dengan gerombolan rakyat yang kembali menyokong Barisan Nasional, secara rasionalnya rakyat tidak seharusnya ditipu walau hanya sebesar zarah dari individu bergelar pemimpin.

Sebagai yang pernah bergelar pendidik, rasanya Che'gu Bard seharusnya menyelidik terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan melalui blog peribadinya.

Untuk makluman pembaca, jangkaan dan maklumat seperti yang dipaparkan melalui blog tersebut bukanlah sebenarnya diperolehi daripada Mindef mahupun Bukit Aman.

Sebaliknya, ia dicedok dan diolah semula sepenuhnya dari twitter mantan Menteri Besar Perak era Pakatan Rakyat, Datuk Seri Nizar Jamaluddin pada 2 Februari 2013 yang lepas.


Ini Bukan Mindef, Ini X-MB.

Sekiranya ia bersumberkan Mindef dan Bukit Aman, kenapakah Nizar tidak menyatakannya sejak dari awal twitternya dihantar?

Adakah kekangan jumlah aksara membuatkan Nizar sukar untuk menyenaraikan Mindef dan Bukit Aman di dalam twitternya?

Malahan jika dilihat semula, Nizar sendiri ada menyatakan seperti berikut melalui twitternya itu;

"Berikut kebarangkalian kedudukan kerusi Parlimen selepas PRU13"

Tidak ada sekelumit pun kenyataan daripada mantan Menteri Besar itu yang mengatakan bahawa ia disumberkan dari Mindef mahupun Bukit Aman.

Ingat Che'gu, orang tua selalu berpesan;

"Siakap senuhong, Gelama ikan duri
Sekali berbohong, lama- lama mencuri" 

Agaknya sudah terlalu terdesak, fakta- fakta kabur pun cuba diterangkan dengan menokok tambah serba sedikit.

Remaja 13 Tahun Ditahan Berkhalwat Dengan Gadis 20 Tahun Sempena Hari Valentine

$
0
0

KUALA LUMPUR: Dengan menggunakan alasan tiada duit, seorang remaja lelaki berusia 13 tahun ditangkap khalwat bersama seorang gadis yang berusia 20 tahun. 

“Duit saya sudah habis, tak dapat balik rumah, sebab itu terpaksa tidur dengan kakak,” kata seorang remaja lelaki mengaku berusia 13 tahun yang dicekup ketika berdua-duaan bersama seorang gadis yang didakwa saudara kandung dalam bilik sebuah hotel bajet di ibu negara, awal pagi tadi. 

Bagaimanapun apabila ditanya oleh penguat kuasa, remaja berkenaan menukar pula kenyataannya dengan mengatakan gadis berusia 20 tahun itu adalah teman wanita abangnya dan mereka terpaksa tidur bersama kerana tidak dapat menghubungi keluarga. 

Pasangan berkenaan antara 10 yang ditahan dalam operasi cegah maksiat sempena hari kekasih yang dijalankan penguat kuasa Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi) di sekitar ibu kota bermula jam 11 malam semalam sehingga 5 pagi tadi. 

Kesemua mereka yang ditahan berusia 13 hingga 50 tahun dan disiasat di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 yang membawa hukuman denda dan jika sabit kesalahan mereka boleh dipenjarakan. 

Selain pemeriksaan di hotel bajet, 60 orang penguat kuasa Jawi turut melakukan rondaan di sekitar Taman Tasik Titiwangsa dan mengeluarkan notis hadir untuk sesi kaunseling kepada tiga pasangan yang didapati berkelakuan tidak sopan di khalayak ramai. 

Operasi diketuai Ketua Pegawai Penguatkuasa Jawi, Wan Jaafar Wan Ahmad dan Pegawai Perhubungan Awam Kanan, Tuan Asmawi Tuan Umar. 

-Info Terkini @ forblogger.net

Gambar Mengancam Nabila Huda Ketika Mandi?!!!

$
0
0

Semakin hari semakin daring aksi- aksi puteri kesayangan Raja Rock, Amy Search ini.

Lihatkan sahaja aksinya ketika bercuti di Pulau Mabul, Sabah ini;





Panas!!! Keselamatan PSY Ketika Di Pulau Pinang Cuba Digugat Penyokong Pakatan?!!!

$
0
0

Kehadiran Psy menyerikan majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran BN Pulau Pinang pada Isnin lepas nyata menimbulkan seribu kegusaran kepada pendokong fanatik Pakatan Rakyat berdasarkan sumber risikan yang dilakukan PDRM.

Polis dikatakan menerima maklumat berhubung ancaman terhadap keselamatan Psy di majlis tersebut.

Ikuti laporan dari Sinar Harian di bawah;



(GAMBAR) Aksi Penuh Lentik Ketika Menaiki Tren Terakam!!!

Cabutan Bertuah Untuk Pendaftaran Awal Rumah Mampu Milik Kerajaan Negeri?!!! @dzainalabidin #ubahpenang #tukarlge

$
0
0
Saudagar Mimpi?

Sebelum admin memulakan sebarang bicara berhubung skim perumahan mampu milik seperti yang dicanangkan oleh Lim Guan Eng, baca dahulu ucapan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sempena Majlis Pelancaran Pendaftaran Perumahan Mampu Milik di Komtar, George Town pada 7 Febuari 2013 ini;
Pertama sekali saya ingin mengalu-alukan anda semua ke majlis pelancaran yang ringkas tetapi bermakna bagi melancarkan pendaftaran minat untuk 1,840 rumah mampu milik di 2 kawasan iaitu Jalan SP Chelliah (1,320 units) di pulau dan Bandar Cassia, Batu Kawan (520 unit) di tanah besar. Pelancaran hari ini adalah permulaan kepada program bercita-cita besar RM500 juta Rumah Mampu Milik yang dijalankan kerajaan negeri Pulau Pinang melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) untuk membina 19,172 unit di seluruh Pulau Pinang, termasuklah di bahagian pulau. 
RM500 juta ini dapat disediakan berikutan penjualan tanah kerajaan melalui tender terbuka. Kami mahu melakukan lebih lagi untuk Pulau Pinang dengan menjalankan usaha paling besar berbanding mana-mana kerajaan negeri dengan membina 19,172 unit rumah mampu milik. Kerajaan negeri ingin menegaskan bahawa 1,840 unit pertama akan dibina oleh pemaju swasta dan PDC, yang mana akan dikira berasingan. 
Kerajaan negeri tidak membina apa-apa rumah tetapi membinanya melalui PDC mengikut model yang sama dengan kerajaan Persekutuan yang tidak membina rumah secara terus tetapi melalui agensi mereka, Syarikat Perumahan Awam Negara(SPAN). Ini menolak serangan tidak berasas oleh sesetengah pihak tidak bertanggungjawab bahawa kerajaan negeri tidak membina satu pun rumah kos rendah. 
Pagi ini, saya dengan sukacita memaklumkan bahawa sejumlah 1,320 unit rumah pangsa kos sederhana rendah dan pangsapuri mampu milik akan dibina di Jalan SP Chelliah sahaja. Ini terdiri daripada 770 unit pangsapuri 700 kaki persegi kos sederhana rendah RM72,500 sebuah, 303 unit pangsapuri 800 kaki persegi berharga RM200,000, 165 unit pangsapuri 900 kaki persegi berharga RM300,000 dan hanya 82 unit pangsapuri 1000 kaki persegi berharga RM400,000. Saya ingin menekankan bahawa pangsapuri bernilai RM400,000 terdiri daripada 6.2% daripada keseluruhan 1,320 unit di Jalan S.P. Chelliah. 
PDC telah menetapkan dasar ini dari segi bilangan, saiz dan harga unit sebagai keperluan minimum di dalam Permintaan Cadangan (RFP) dengan tender terbuka yang berdaya saing untuk membangunkan projek rumah mampu milik Jalan SP Chelliah mengikut maklumbalas daripada beberapa pemaju. Dalam erti kata lain, sistem tender terbuka berdaya saing yang diamalkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang membolehkan PDC memberikan lebih banyak kepada rakyat Pulau Pinang berdasarkan konsep ‘Harga Rizab’. Setakat ini 17 syarikat telah menghantar tawaran. 
Memandangkan program Rumah Mampu Milik dijalankan oleh PDC, saya telah mengarahkan Dato Rosli Jafar untuk mematuhi julat harga dan garis panduan yang ditetapkan kerajaan Negeri. Dato Rosli telah mengikut harga siling yang ditetapkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Belanjawan 2013 September lalu iaitu RM72,500 hingga RM400,000 di kawasan bandar dan RM 72,500 hingga RM220,000 di kawasan luar bandar. 
Sememangnya siling harga RM400,000 ditetapkan untuk kawasan bandar seperti George Town dan siling harga RM 220,000 untuk kawasan luar bandar seperti Batu Kawan. Saya kesal apabila kerajaan negeri dan arkitek profesional seperti Dato Rosli telah diserang dengan penipuan melalui media kawalan BN bahawa hanya pangsapuri RM400,000 sahaja yang dibina. Mereka yang bukannya profesional pun mahu bercakap seperti seorang arkitek. Biarlah arkitek profesional melakukan kerja mereka. 
Jelas, adalah okey untuk Perdana Menteri melakukan sedemikain tetapi tidak okey untuk kerajaan negeri mengikut apa yang telah dilakukan Perdana Menteri. Hari ini rakyat Pulau Pinang dapat melihat terbongkarnya penipuan mereka kerana kebanyakkan rumah berharga antara RM72,500 hingga RM220,000. Malah juga tidak benar bahawa PDC akan mengaut keuntungan daripada program ini memandangkan ini ialah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat PDC. 
Untuk Bandar Cassia, Batu Kawan, keseluruhan projek akan memperlihatkan lebih daripada 11,800 unit rumah mampu milik dibina dalam tempoh 10-15 tahun. Buat masa ini, untuk Bandar Cassia Fasa 1, Batu Kawan, akan terdapat 149 unit pangsapuri 800 kaki persegi kos sederhana rendah RM72,000 sebuah. Akan terdapat 98 unit 900 kaki persegi berharga RM168,000 dan 273 unit 1,000 kaki persegi berharga RM220,000 untuk pendaftaran. 
Bagaimanapun, fasa seterusnya bergantung kepada permintaan pasaran, PDC bercadang untuk meningkatkan secara berperingkat bilangan harga berpatutan pada RM168,000 lebih daripada 60%. Apa yang penting adalah keazaman PDC untuk membina rumah mampu milik dengan kualiti terbaik di Malaysia. 
Projek Batu Kawan akan direka oleh Surbana International Consultants, yang bertanggungjawab terhadap rumah HDB Singapura yang terkenal di serata dunia. Apa yang kita nampak pada perumahan awam di Singapura dari segi kualiti, rekaan dan konsep harapnya akan ada di Batu Kawan dalam tempoh beberapa tahun. 
Saya mengalu-alukan orang ramai untuk mengambil peluang mendaftar bagi rumah mampu milik di Komtar Concourse, MPSP Office di Bandar Perda dan pejabat PDC, Bayan Baru bermula hari ini sehingga 7 Mac 2013, dari 9 pagi – 5 petang setiap hari, termasuklah pada cuti umum ketika Tahun Baru Cina ini. 
Sesiapa dengan pendapatan seisi rumah bulanan tidak melebihi RM3,500 adalah layak untuk memohon unit kos sederhana rendah, manakala mereka yang pendapatan seisi rumah bulanan melebihi RM3,501 layak untuk memohon pangsapuri mampu milik. Saya dengan sukacitanya melancarkan pendaftaran bagi rumah mampu milik di Jalan SP Chelliah dan Bandar Cassia, Batu Kawan. 
Terima kasih. 

Mungkin dengan ucapan penuh berkobar- kobar yang disampaikan Lim Guan Eng itu, ramai penjilat tegar pakatan akan menjuihkan bibir mengatakan bahawa telahan kebanyakan pengamal media maya bahawa DAP tidak pernah berhajat untuk membina skim perumahan mampu milik adalah terpesong jauh. 

Namun, dari perbualan di antara admin dengan beberapa rakan yang bekerja di PDC, mereka mendakwa bahawa majlis pendaftaran itu hanyalah sekadar gimik Lim Guan Eng untuk menutup mulut dan mengurangkan tekanan yang dikenakan ke atasnya atas isu perumahan mampu milik ini.

Admin dimaklumkan bahawa pendaftaran itu hanyalah sekadar mahu mengalihkan perhatian rakyat.

Admin juga dimaklumkan sehingga majlis pelancaran pendaftaran dilancarkan Lim Guan Eng, tanah yang dimaksudkan masih belum ada usaha untuk mengambilalih tanah yang dimaksudkan. 

Malahan 'blue print' bagi projek itu juga dikatakan masih samar- samar.

Admin tidak mengatakan bahawa dakwaan ini benar, sebaliknya admin menggesa agar Lim Guan Eng memberikan penjelasan segera samada dakwaan ini  adalah benar atau sebaliknya memandangkan Pilihanraya Umum ke-13 sudah semakin hampir.

Admin tidak mahu nasib rakyat bawahan Pulau Pinang terus diperjudikan sekiranya melakukan kesilapan pada hari pembuangan undi kelak.

Lebih meragukan, pisau.net juga ada mengeluarkan kenyataan berhubung isu tersebut melalui entrinya yang berbunyi;

Menurut salah seorang pegawai kanan Lim Guan Eng tidak ada satu pelan pun yang dibuat dan tidak ada tanah pun yang telah dipersetujui untuk pembangunan perumahan sepertimana yang didakwa oleh Lim Guan Eng ketua menteri paling celaka dalam sejarah regim DAP Pulau Pinang. 
Pisau pada mulanya agak sangsi kerana pegawai Guan Eng bukannya tak kenal Pisau,kemudian hari ini Pisau terus ke PDC..memang sah seperti yang didakwa oleh pegawai kanan Lim Guan Eng.. tidak ada mana mana tanah, plan untuk membina rumah murah atau rumah mampu mimpi dirancang malah jauh sekali dibentangkan didalam mesyuarat. 
Kawan Pisau yang menjadi pegawai kanan Lim Guan Eng sambil tersengih..katanya "Biasalah PRU13 sudah dekat..kasi borang dulu..kalau nak buat rumah mana sempat"..
<KLIK SINI untuk baca selanjutnya.>
Viewing all 1400 articles
Browse latest View live