Semalam, rata- rata sahabat blogger dilihat mula menzahirkan rasa kurang selesa dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Biro Media Baru, Ibdillah Ishak.
Sejujurnya, admin merasakan bahawa perlantikan Ibdillah oleh YB Khairy Jamaluddin ke jawatan Pengerusi Biro Media Baru bukanlah satu permulaan bijak bagi menggerakkan pengamal media Pro UMNO/BN.
Belum lagi mengenali susur galur pergerakan pengamal media Pro UMNO/BN, Ibdillah yang lebih mahir menggunakan platform Instagram sudah dilihat hadir dengan pandangan yang agak berani apabila dilihat mempertikaikan gerak kerja yang dilakukan dan juga bayaran insentif yang diberikan.
Pada pandangan admin, Ibdillah seharusnya bertanya sekiranya tidak tahu dan belajar sekiranya tidak pandai.
Selaku seorang pengamal media UMNO/BN, admin perhatikan kebanyakan kami hanya berharap kepada insentif ini untuk memastikan kelangsungan hidup demi menyara keluarga. Tidak kurang juga, ada yang melakukannya sebagai profesyen sambilan demi mematahkan setiap fitnah yang dilemparkan Pakatan Rakyat dan memastikan UMNO/BN terus relevan di mata rakyat.
Rasanya Ibdillah belum mengetahui keperitan yang dihadapi pengamal media Pro UMNO/BN.
Untuk pengetahuan Ibdil, sebaik sahaja kami melangkah kaki untuk mempertahankan UMNO/BN, kami sebenarnya memberikan risiko kepada diri sendiri.
Malahan untuk rekod, beberapa blogger sudah dan sedang berhadapan saman yang dikemukakan pihak- pihak tertentu.
Apakah disitu UMNO/BN hadir membantu memberikan khidmat guaman? Kalau ada pun, kosnya harus ditanggung sendirian.
Dengan apa yang admin huraikan, adakah Ibdil melihat elaun sekelumit yang diterima itu adalah satu pembaziran? Rasanya Ibdillah perlu berfikir semula secara logik akal manusia.
Dapatkan tunjuk ajar daripada Tun Faisal yang terlebih dahulu mengenali kami. Setiap gerak kerja yang dilakukan kami bukan semata berasaskan insentif. Insentif yang kami terima itu sekadar untuk meringankan beban membayar bil- bil internet dan admin berikan jaminan, insentif ini tidak langsung membuatkan kami menjadi kaya.
Sebelum admin akhiri artikel ini, admin sertakan satu klip video untuk kita nyanyikan bersama. Khas admin kongsikan untuk Pengerusi Biro Media Baru, Ibdillah Ishak.
Harapnya lagu ni boleh jadi kenyataan..