Semalam admin ada menulis sebuah artikel bagi mengucapkan tahniah kepada kepimpinan PAS berhubung kedangkalan pemimpin muda yang mereka tampilkan. (KLIK SINI UNTUK BACAAN LANJUT)
Kurang 24 jam artikel itu diterbitkan, anak kepada mantan Menteri Besar Kelantan pula dilihat hadir dengan kenyataan seperti berikut bagi mempertahankan Mat Sabu.
![]() |
http://www.sinarharian.com.my/nasional/pas-sudah-pantau-tak-ada-ahli-terlibat-syiah-1.229145 |
Dipetik melalui Sinar Harian, Nik Abduh berkenyataan seperti berikut;
"Jika beliau berjaya membuktikan ada pemimpin PAS yang mengikut fahaman syiah, PAS tetap mempertikaikannya"
Sekiranya bukti sudah disediakan, kenapa harus PAS masih berdegil? Apakah PAS masih memerlukan saksi 4 mata untuk mengesahkannya?
Tidak cukup dengan itu, kenyataan di bawah ini adalah sesuatu yang lebih memedihkan jika mahu dinilaikan dengan hati terbuka;
"Saya juga sebut jika bukti itu datang daripada UMNO maka kita tidak akan percaya"
Beristighfar panjang admin sebaik terbaca kenyataan yang dikeluarkan. Setiap bukti yang akan dikongsikan nanti telah dimaklumkan akan ditolak mentah- mentah hanya disebabkan ianya bersumberkan dari UMNO.
Seharusnya setiap bukti itu dikaji terlebih dahulu sebelum setiap keputusan dilakukan.
Semoleknya, penolakan untuk setiap bukti yang bakal dikongsikan itu disertakan dengan alasan yang lebih islamik dan tidak bermotifkan perasaan benci dan dendam terhadap UMNO semata.
Apakah dengan beralasankan UMNO, maka setiap bukti yang disertakan bakal menjadi tidak relevan?
Apakah atas alasan yang sama (bersumberkan blogger UMNO), maka video panas yang digelarkan sebagai #SpendaStopa mungkin masih berada pada status dalam siasatan kerana hasil siasatan yang dikatakan bakal diketahui selepas selesai PRU13 masih kabur keputusannya.
Gambar di atas menerangkan modus operandi yang sering digunakan Pakatan Rakyat bagi memastikan kepimpinan yang mereka sanjungi tidak akan berhadapan dengan sebarang permasalahan disebabkan sesuatu isu.
Sebaik sahaja dikatakan bakal disiasat, maka anggaplah sahaja bahawa...
KES SUDAH DITUTUP!!!