Amat memalukan!!! Mungkin semuanya sudah ketentuan...
Itulah situasi yang dapat digambarkan tentang perasaan yang menghuni benak kebanyakan pemimpin Pakatan Rakyat Pulau Pinang sekarang ini.
Sebelum disingkap setiap fakta, admin berpandangan lebih molek rasanya para pembaca ikuti dahulu artikel dari Mstar Online di bawah;
![]() |
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/12/9/mstar_berita/20131209172606&sec=mstar_berita |
Itulah jawapan mudah yang dilontarkan Lim Guan Eng bagi menafikan usaha pihak tertentu untuk menukarkan nama Pulau Jerejak kepada Pulau Mazu yang dilihat mula dijdikan tapak tokong Buddha.
Amat mendukacitakan, penafian yang dilakukan Lim Guan Eng dilihat tidak ikhlas apabila sebuah laman facebook, Analisis Politik Semasa (KLIK SINI) mendedahkan bahawa Ketua Menteri itu mungkin mengetahui akan agenda penukaran nama Pulau Jerejak kepada Pulau Mazu.
Analisis Politik Terkini mendedahkan, satu majlis makan tengahari anjuran pemilik akaun facebook Penang Mazu Island turut menjemput Lim Guan Eng sebagai tetamu kehormatnya.
Tidak cukup dengan itu, Analisis Politik Terkini juga mendedahkan sesuatu yang menggemparkan apabila sebuah festival hantu lapar anjuran mereka turut pernah dihadiri Exco Agama Pulau Pinang.
Jika dilihat dan diteliti, ternyata Pakatan Rakyat Pulau Pinang berkemungkinan sedar akan usaha pihak tertentu yang mahu menukarkan nama Pulau Jerejak kepada Pulau Mazu.
Agaknya, apa lagi alasan yang mahu diberikan Lim Guan Eng selepas ini?
Kita nantikan bersama...
Baca juga pendedahan yang dilakukan sahabat blogger Pulau Pinang yang lain dengan klik terus ke url yang admin sediakan di bawah..
http://novandri.blogspot.com/2013/12/terbongkar-penipuan-pakatan-pulau.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+novandri+%28MINDA+INTELEK+MELAYU%29
http://sejarahmelayu.blogspot.com/2013/12/tudia-dalang-jahat-seribu-jahat.html
http://mahamissa.blogspot.com/2013/12/ingat-pulau-jerejak-tu-bapak-ampa-punya.html