Apabila ada yang ditimpa sesuatu musibah, mulalah kaum tertentu mahu menjdaikannya sebagai isu politik murahan.
Kita lihat keluhan di bawah yang kononnya "rungutan" dari seorang mangsa banjir.
Cuba bayangkan bahawa anda berada di dalam situasi itu dan layak digelarkan mangsa banjir.
Masihkah kita yang bergelar mangsa mahu memikirkan fahaman politik sempit dan menzahirkannya melalui laman mikro facebook?
Kalau pun mahu menabur fitnah kepada kerajaan yang memerintah, admin harap pemilik akaun facebook tersebut melakukannya dengan lebih teliti. Mana mungkin seorang mangsa banjir yang ditimpa musibah begitu teliti sehinggakan mengetahui sesuatu yang terperinci seperti sebuah unit di bawah PAS iaitu Unit Amal.
Kebiasaanya mereka hanya akan mengetahui pemberi sumbangan sahaja tanpa mengetahui butiran secara lebih terperinci.
Fitnah dengan Pakatan Rakyat memang tidak dapat dipisahkan.