Tahniah admin ucapkan kepada Kementerian Dalam Negeri kerana menepati janji apabila mendedahkan fakta- fakta yang mengaitkan Mat Sabu dengan fahaman syiah.
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi mengesahkan “orang nombor dua PAS” yang didedahkan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai pengikut fahaman Syiah adalah Timbalan Presiden parti Islam itu, Mohamad Sabu.
Dalam satu sidang media di Putrajaya hari ini, Abdul Rahim berkata kenyataan itu adalah berdasarkan 10 fakta dan maklumat yang dikumpul oleh KDN termasuk keterangan daripada Mohamad sendiri.
Antaranya beliau pernah menggesa supaya umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan cara Imam Khomeni melalui tulisannya bertajuk " Teladan Pemerintahan Nabi Yusof, Khomeni" dalam ruangan Fikrah yang terbit dalam akhbar Harakah pada 5 hingga 15 Julai 2008.
"Berdasarkan temuramah yang dilakukan Ustaz Zamihan Mat Zain, pegawai KDN bersama Dr Abdul Aziz Hanafi menjelaskan bahawa Mat Sabu pernah melafazkan selawat sebagaimana yang diamalkan penganut syiah pada satu sesi ceramah PAS di Madrasah Diniah, Arau Perlis pada tahun 2005," kata Abdul Rahim.
Selain itu Mat Sabu juga menyatakan kekaguman dengan kepimpinan dan perjuangan pemimpin Revolusi Iran 1979, Imam Ruhollah Khomeini yang mana banyak mencorak pemikiran beliau dalam ucapannya sebagai Timbalan Presiden PAS pada 13 Julai 2011.
Beliau juga secara terang-terangan memuji Setiausaha Agung Syiah Lubnan iaitu Sayyid Hassan Nasrullah dan mengaku beliau dan isteri kerap bertemu dengan pemimpin berkenaan lebih daripada empat hingga lima kali.
Berdasarkan maklumat, beliau juga didapati membuat lawatan ke sebuah masjid syiah di Kampung Aluar Wilayah Satun Selatan Thailand serta melakukan kunjungan ke atas pemimpin syiah di sana pada tahun 2011.
Mat Sabu turut didapati beberapa kali menghadiri kelas pengajian yang dikendalikan ustaz fahaman syiah pada 2011 di Bukit Merah, Semanggol, Perak.
Selain itu terdapat saksi seorang Tok guru yang melihat Mat Sabu sendiri menunaikan solat dengan menggunakan sebiji batu kecil leper di tempat sujudnya, yang merupakan amalan sinonim dengan golongan syiah sekaligus membuktikan Mat Sabu merupakan salah seorang penganut syiah.
Dalam pada itu, Datuk Abdul Rahim menegaskan KDN termasuk agensi lain seperti JAKIM dan Jabatan Agama Islam negeri akan terus memantau dan peka dengan ancaman kegiatan serta fahaman syiah dan akan bekerjasama membendung pengaruh fahaman serta gerakan itu di kalangan rakyat Malaysia
Sementara itu, portal rakyatnews menyenaraikan 10 fakta tersebut adalah seperti berikut;
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Abd. Rahim Mohd. Radzi mendedahkan sepuluh maklumat yang menunjukkan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu cenderung dan terlibat dengan fahaman Syiah.
1- Mat Sabu pernah gesa umat Islam contohi kepimpinan Imam Khomeini Syiah.
2- Mat sabu kata kagum dgn kepimpinan dan perjuangan khomeini dan banyak corakkan pemikiran beliau.
3- ketika mengulas perutusan krismas,Mat Sabu telah gunakan pendekatan Syiah sebagai terma rujukan.
4-Timb presiden JATI pernah kata Mat Sabu ikon syiah dan beliau gagal nafikan dirinya mempunyai kaitan dengan Syiah.
5-Mat Sabu terang terang puji setiausaha agung syiah dan mengaku beliau dan osteri kerap bertemu pemimpin syiah itu.
6-Beliau telah membuat lawatan ke masjid syiah di wilayah Satun, selatan Thailand
7-Beliau beberapa kali hadir kelas pengajian yang dikendalikan ustaz yang berkefahaman syiah di Bukit Merah Semanggol Perak.
8-Mat Sabu kerap lawat Iran dan pernah terlibat dalam program penghantaran pelajar malaysia di Qom Iran.
9-Mat Sabu pernah lafazkan selawat sebagai mana yang diamalkan oleh penganut syiah pada ceramah pas di Arau Perlis.
10-Mat Sabu dilihat mendirikan solat menggunakan batu leper ditempat sujud.
- Rakyat News
Sekiranya benar pendedahan fakta- fakta ini boleh mengaitkan dan membuktikan bahawa Mat Sabu adalah pengikut syiah, seharusnya KDN dan JAKIM segera bertindak.
Berikut adalah kenyataan Menteri Kementerian Dalam Negeri berhubung penafian yang dilakukan Mat Sabu;
Sungguhpun begitu, admin juga agak terkejut kerana KDN dan JAKIM dilihat terlalu menjurus kepada Mat Sabu yang sentiasa menafikan penglibatannya di dalam ajaran syiah.
Sebagai permulaan, admin berasakan KDN dan JAKIM perlu untuk melakukan kajian sepenuhnya terhadap beberapa individu lain yang secara terang- terangan mengaku bahawa dirinya adalah penganut syiah.
Lihat sahaja printscreen di bawah;
Pemimpin mahasiswa pro Pakatan ini seharusnya dikenakan tindakan terlebih dahulu bagi membuktikan kesungguhan KDN dan JAKIM.
![]() |
http://khairulryezal.blogspot.com/2012/10/khalid-ismath-contoh-pemimpin-pelajar.html |